Persembahan Terakhir Nirvana (1/3/94) Sebelum Kurt Cobain Bunuh Diri

oleh Chiv Iscandar
2.1K bacaan

Pada 1hb Mac 1994, Kurt Cobain telah membuat persembahan terakhir beliau di konsert Munich, Jerman dengan lagu ‘Heart-Shaped Box’ sebelum beliau ditemui mati pada 5hb April 1994 bulan berikutnya.

Dalam rakaman audio tersebut, jelas kedengaran suara vokal Kurt yang semakin merosot dan agak kelesuan. Ia seolah-olah petanda situasi Kurt yang semakin kritikal menjelang kematian beliau.

Ia juga menunjukkan seperti Kurt dalam kesakitan tetapi demi peminat yang sentiasa menjadi sumber kekuatannya, beliau tekad meneruskan aksi. Namun dikatakan, Kurt bertindak membatalkan jelajah konsert selepas itu untuk pulang ke rumahnya di Seattle.

2 hari selepas itu di Rome, Kurt katanya pengsan kerana overdose tanpa sengaja dan sempat menulis nota bunuh diri sambil merujuk kepada watak Hamlet dalam karya Shakespeare, “Like Hamlet, I have to choose between life and death. I’m choosing death“.

Mendengar Kurt pengsan (tetapi khabar angin semasa itu mengatakan Kurt sudah mati), Dave Grohl menyorot peristiwa tersebut bahawa dialah yang pertama meluru mendapatkan Kurt sambil berkata, “Kurt, fvck… Kau tak boleh mati, Kurt.” namun telah tertulis juga takdir selepas itu.

Akhirnya, hayat Kurt Cobain lagenda Rock teragung dunia berakhir dengan kematian beliau pada 5hb April 1994 yang sehingga kini masih menjadi misteri dan teori konspirasi.

Audio ‘Heart Shaped Box’ dalam persembahan konsert terakhir beliau ini menjelaskan situasi yang dihadapi Kurt dan mengandungi petanda bagi mereka yang dihimpit kematian tetapi seperti lejen-lejen agung, Kurt akan tetap diingati selamanya.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅