Punk Myanmar, The Rebel Riot Sertai Gerakan Rakyat Tuntut Demokrasi

oleh Chiv Iscandar
1.6K bacaan

Muzik Punk tidak asing bagi perjuangan rakyat dan massa dalam menuntut hak kebebasan dan keadilan. Di pelusuk Asia Tenggara sendiri, beberapa nama hebat band punk muncul menjadi aktivis pejuang rakyat antaranya Marjinal (Indonesia).

Bagi band punk Myanmar iaitu Rebel Riot, mereka juga memikul tanggungjawab dan kesedaran politik sebagai sebuah band punk untuk turut bersama gelombang kebangkitan rakyat.

Pada 1hb Februari 2021, dunia dikejutkan dengan tindakan Junta Tentera Myanmar merampas kuasa secara coup d’etat dan menggantung parlimen. Antara lain juga, internet dan telekomunikasi disekat. Ini menyebabkan majoriti rakyat Myanmar bangkit agar kebebasan demokrasi perlembagaan dikembalikan dan sejak itu, Rebel Riot sendiri turut bersama mereka dalam banyak siri demonstrasi jalanan anti-diktator di sana.

Baru-baru ini, mereka juga telah mengeluarkan satu lagu khas ‘One Day’ berentak punk yang didedikasikan kepada perjuangan rakyat Myanmar melawan diktator Junta:

Aktivisme mereka turut mendapat pujian dan perhatian media Al-Jazeera serta sokongan banyak peminat muzik keras termasuklah Metal. Henry Rollins, vokalis asal Black Flag juga mengikuti perkembangan Rebel Riot di Myanmar.

Perkara ini turut dikupas aktivis sosial dan punk tempatan, saudara Fahmi Reza menerusi siaran PUNK Radio Live (Facebook) bersama ahli-ahli Rebel Riot yang disiarkan semalam. Antara perkongsian, mereka mempertahankan pendirian memprotes penindasan pihak berkuasa tentera terhadap para demonstran sehingga ada nyawa rakyat yang terkorban.

Mereka (Junta) mahu rakyat berasa takut tapi kami semua mempunyai kepercayaan kepada revolusi rakyat.

Rebel Riot tertubuh sejak 2007 dan aktif dalam gig-gig underground di Myanmar. Dianggotai 5 orang termasuklah vokal wanita, Hnin serta gitaris Kyaw Kyaw yang juga pemula gerakan Food Not Bombs dan Books Not Bombs di sana.

Solidariti kepada perjuangan rakyat Myanmar dan semoga penglibatan Rebel Riot sebagai band punk yang kritis politik akan terus memberi inspirasi.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅