Pesan Dari Langit Oleh Mothflesh

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.7K bacaan

Walaupun pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada pemuzik, ia tidak menghalang mereka daripada terus berkarya dan melancarkan single, EP mahupun album. Tidak terlepas juga sebuah band berpaksikan groove metal iaitu Mothflesh.

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita dari band ini, kini mereka kembali dengan rilisan terbaru iaitu Skyfather diiringi muzik video yang sungguh seksi. Pada tahun lepas, mereka telah bergiat aktif melalui gig dan siri jelajah album pertama mereka iaitu Noctural Armour di serata Malaysia, Thailand, Cambodia dan Indonesia.

Band ini mendapat perhatian penulis sejak dua tahun yang lalu kerana vokalis mereka yang seksi tidak berbaju di atas pentas, stage appearance mereka yang sangat maskulin dan menyakinkan serta kehadiran Maddog di posisi gitar telah memberi impak yang baru buat mereka.

Cukup sudah cerita tentang mereka, mari kita membicarakan tentang single terbaru ini. Sejujurnya, single mereka kali ini lebih padu dan berubah 360 darjah dari sudut produksi. Jika sebelum ini kualiti dari album pertama mereka agak “Pishang”, kali ini mereka tampil lebih bersih dan gebu. Tone guitar dan bass jangan ditanya memang “GGWP boi!!”

Penulis diberitahu mereka menghantar lagu ini ke Robin Adams di United Kingdom untuk proses adunan and mastering. Siapa Robin Adams? Google guys jangan tak google. Penulis tengok nama beliau pun dah meremang.

Dari sudut lirik. Penulis menyifatkan mereka lebih matang berbanding sebelum ini. Pada awalnya, lagu ini penulis bayangkan berkisar tentang “Kerajaan Langit” namun ternyata telahan tersebut tidak benar. Skyfather menceritakan tentang hubungan manusia sesama manusia dengan sangat mendalam.

Dari sudut instrumentasi, vokal Imran dilontarkan dengan sangat baik.
Permainan anggota lain juga sangat ketat terutama pemain drum mereka. Penulis diberitahu drum mereka dirakam secara live dan direkodkan di Studio 21:05. Fuhh memang power teruk!!! Jarang dapat lauk sedap sebegini rupa.

 

Akhir sekali, perihal minit lagu. Penulis agak mudah untuk bosan dengan lagu lebih dari 3-5 minit, tapi Skyfather membuktikan kepada penulis bahawa mereka mampu memberikan kesan yang mendalam.

Sejujurnya, inilah enam minit yang sangat bermakna dalam hidup penulis.
Tahniah dan Syabas buat Mothflesh, semoga Tuhan selamatkan Metal. Penulis tidak sabar menanti rilisan berikutnya daripada kalian dan melihat sendiri aksi formasi baharu ini beraksi di pentas. Adios!!!

Ikuti Mothflesh di:

Facebook
Instagram
Bandcamp
Soundcloud
Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅