Beberapa hari yang lalu, gempar di laman Twitter akan pertelingkahan yang telah berlaku di antara Taylor Swift dan Damon Albarn, vokalis kugiran Blur dan Gorillaz. Punca pergaduhan terjadi disebabkan oleh sebuah artikel wawancara bersama Damon Albarn yang telah dimuat naik oleh Los Angeles Times.
Di dalam artikel tersebut, Albarn memberikan pendapatnya tentang penyanyi/penulis Taylor Swift dan Billie Eilish. Beliau menyatakan bahawa beliau lebih tertarik dengan penulisan Billie Eilish, manakala Taylor Swift bukanlah seorang penulis sebenar.
For Damon Albarn, modern life is still pretty much rubbish
Disebabkan oleh artikel tersebut, Taylor Swift memuat naik ciapan khas buat Damon Albarn. Di dalam ciapan tersebut, Swift menyatakan bahawa beliau merupakan seorang peminat Albarn sebelumnya, namun berasa kecewa apabila membaca kenyataan Albarn terhadap penulisan lagunya walhal beliau menulis kesemua lagu-lagunya.
Albarn membalas ciapan tersebut dengan permohonan maaf dan turut bersetuju dengan pernyataan Swift. Beliau juga menyatakan bahawa wawancara tersebut telah diubah menjadi sebuah clickbait. Kenyataan ini telah menimbulkan rasa amarah terhadap para peminat Swift yang menggelarkan diri mereka sebagai Swifties dan telah menyerang akaun rasmi Twitter pemuzik tersebut.
I totally agree with you. i had a conversation about songwriting and sadly it was reduced to clickbait. I apologise unreservedly and unconditionally. The last thing I would want to do is discredit your songwriting. I hope you understand. – Damon
— Damon Albarn (@Damonalbarn) January 24, 2022
Mereka turut menggelar Albarn sebagai ‘Mr Insincere apology so he doesn’t look like the bad guy’. Nama tersebut merupakan baris lirik yang diambil daripada lagu Mr Perfectly Fine yang ditulis oleh Taylor Swift di dalam album Fearless (Taylor’s Version) yang dilancarkan pada tahun 2021.
Para peminat juga dikejutkan apabila Swift menerima ciap balas dengan kata-kata semangat daripada akaun rasmi Presiden Chile, Gabriel Boric Font. Di dalam ciapan tersebut, Gabriel Boric Font menyatakan di Chile terdapat kumpulan besar peminat Taylor Swift yang sedar akan penulisannya hadir dari hati. Beliau juga menyarankan agar Swift tidak mengambil berat akan kenyataan Albarn tersebut.
Here in Chile you have a huge group of supporters who knows that you write you own songs from the heart. Dont take seriously guys that need to insult or lie to get attention. Hugs from the south Taylor
— Gabriel Boric Font (@gabrielboric) January 25, 2022
Ciapan tersebut telah menjadi satu fenomena dalam kalangan Swifties dan mereka meyatakan bahawa Gabriel Boric Font merupakan seorang Swifties. Turut menjadi jenaka, satu ciapan daripada seorang netizen menyatakan Gabriel Boric Font hadir kerana tugas mempertahankan Taylor Swift di media sosial perlu didahulukan berbanding tugas mengurus tadbir negara.
When you have a country to run but defending taylor swift online is more important https://t.co/S3QeXpXSNY
— nazanin¹³ (@enchantednaz) January 25, 2022