Bayangkan, anda memandu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja pada waktu tengah malam. Selepas itu, anda menekan suis radio untuk mendengar lagu bagi mengelak kebosanan dan secara tiba-tiba radio memainkan lagu selimut putih. Ditambah pula dengan anda melalui jalan kubur yang sunyi sepi hanya bunyi cengkerik, burung hantu dan laungan serigala.
Apakah perasaan anda pada waktu itu? Sudah semestinya diri berasa sangat takut, cemas, dan ingin pecut laju pulang ke rumah.
Satu lagi, jika waktu itu anda terlampau tertekan dengan komitmen kerja sampaikan emosi tidak betul menyebabkan anda tidak dapat mengawal diri. Ditambah pula, dengan alunan lagu Selimut Putih, sudah semestinya membuatkan anda berasa sangat bercelaru.
Lagu Selimut Putih ini kalau dengar memang tegak mat bulu roma! masuk sahaja awal lirik ‘bila izrail datang memangiil, jasad terbujur dipembaringan’ sudah menimbulkan rasa takut dan gelisah dalam diri kita.
Sebagai pengetahuan tambahan kepada anda semua, Orkes El Suraya ialah kumpulan nasyid yang mendendangkan lagu Selimut Putih itu. Ia ditubuhkan pada tahun 1964 oleh seorang ulama bernama Ahmad Baqi.
Orkes El Suraya ini melakukan persembahan sulung di Hotel Panghegar, Bandung, Jawa Barat di sebuah persidangan Afrika-Asia pada 30 Mac 1965. Menjelang 1967, mereka ini didatangi oleh Atikah Rahman dan Asmidar Darwis sebagai ahli kumpulan baru.
Uniknya mengenai Orkes El Suraya ini, mereka membawa alunan muzik padang pasir dalam setiap lagu. Timbulnya persoalan dalam kepala otak anda, apa itu muzik padang pasir?
Ia merupakan jenis muzik yang berkembang di kawasan Timur Tengah seperti Saudi Arabia, Kuwait, Mesir dan sebagainya. Dalam muzik ini, mereka juga suka sangat akan Qasidah — seni suara yang lagu-lagunya berunsurkan dakwah dan mengajak manusia untuk memuji kebesaran Allah S.W.T.
Lagu Selimut Putih mempunyai maksud kematian yang mendalam
Lagu Selimut Putih ini sudah terang lagi bersuluh memberikan nasihat kepada seluruh umat Islam agar kita selalu ingat kepada kematian kerana ia boleh datang pada bila-bila masa sahaja, tidak cepat dan tidak lambat. Jadi, kita sebagai hamba Allah S.W.T haruslah mengikuti segala arahan-Nya dan menjauhi dosa.
Kepada sesiapa yang belum dengar lagu ini, penulis dah letak pautan di bawah:
Lirik lagu:
Bila izrail datang memanggil,
Jasad terbujur dpembaringan,
Seluruh tubuh akan mengigil,
Sekujur badan kan kedinginan.Tak ada lagi guna harta,
Kawan karib sanak saudara,
Jikalau ada amal di dunia,
Itulah hanya pembela kita.Janganlah mahu disanjung sanjung,
Engkau dgelar manusia agong,
Sedarlah diri tahu diuntung,
Sebelum masa keranda diusung.Datang masanya insaflah diri,
Selimut putih membalut badan,
Tinggal semua yg dkasihi,
Berbaktilah hidup sepanjang zaman.Bila izrail datang memanggil,
Jasad terjubur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan mengigil,
Sekujur badan kankedinginan.
- “Bila izrail datang memanggil Jasad terbujur dpembaringan”: Situasi di mana malaikat datang untuk mencabut nyawa kita.
- “Seluruh tubuh akan mengigil Sekujur badan kan kedinginan”: Selepas nyawa kita ditarik, badan kita terbujur kaku.
- “Tak ada lagi guna harta Kawan karib sanak saudara”: Harta, kekayaan dimiliki, ahli keluarga, adik beradik dan kawan kita tak dapat bantu kita di alam kubur.
- “Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita”: Hanya amalan kita sahaja yang dapat membantu di alam kubur.
- “Janganlah mahu disanjung sanjung Engkau dgelar manusia agong”: Selagi nyawa dikandung badan, janganlah kita meminta-minta pujian dari orang lain.
- “Sedarlah diri tahu diuntung Sebelum masa keranda diusung”: Kita sebagai umat Islam harus sentiasa ingat kepada Allah S.W.T sebelum ajal menjemput.
- “Tinggal semua yg dkasihi Berbaktilah hidup sepanjang zaman”: Semasa memasuki alam kematian, kita akan meninggalkan segala harta, kekayaan dan ahli keluarga. Jadi, sementara hidup ini, kita kena berbuat baik.
Kenapa Lagu Selimut Putih Diharamkan Untuk Stesen Radio dan Televisyen
Lagu yang mencetuskan ketakutan serta menaikkan bulu roma ini sebenarnya pernah diharamkan pada sekitar era 70-an. Berdasarkan akhbar Berita Harian (5 September 1974), lagu Selimut Putih ini diharamkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ia boleh menimbulkan rasa takut semasa mendengarnya.
Pegawai-pegawai RTM pada masa itu juga menyatakan lagu Selimut Putih sangat tidak sesuai untuk siaran umum. Mereka enggan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya walhal ramai beranggapan lagu itu sebagai medium mengembangkan ajaran Islam.
Sekejap, lagu ini hanya diharamkan oleh RTM sahaja, tapi adakah ia disiarkan di mana-mana stesen radio swasta?
Sumber:
- Analisis Struktur Melodi Dan Makna Teks Lagu Selimut Putih Karya Ahmad Baqi (Universitas Sumtera Utara).
- Newspaper SG.