Mortal : Tingkatkan Mutu, Percaya Bakat Sendiri

Meningkatkan mutu sendiri dan tidak merendahkan yang lain merupakan cara unik Mortal untuk terus maju ke hadapan.

oleh Music Addicts Malaysia
1.1K bacaan

Kewujudan karya-karya bermutu di bawah payung Silent Set Entertainment sememangnya harus dipandang lebih tinggi oleh pendengar muzik tanah air. Hal ini kerana, sudah banyak produk yang dihasilkan di bawah kendalian mereka menepati cita rasa pendengar seperti Fahmi Anuar dan EmmJay – Buana, Mad Doby – Gerenti dan yang terkini, Mortal – The Light.

Naskah terbaharu Mortal yang baru sahaja berada di YouTube dan platform strim digital ini ternyata berjaya memikat hati penulis kerana susunan muziknya yang kedengaran segar dan energetik. Lebih tepat lagi, umpama sebuah nostalgia dari era terdahulu yang telah lama tidak kita raikan, kini dibawa kembali dengan nafas dan semangat baharu.

Penulis bersetuju apabila Mortal yang merupakan seorang pemilik cafe dan artis rakaman di bawah Silent Set Entertainment mengharapkan tahun 2022 menjadi tahun yang lebih baik dan gemilang untuk karier beliau. Mortal ini sesuatu yang korang kena selam sendiri, explore dan feel apa yang beliau sampaikan!

Back to the story, The Light yang berdurasi 2 minit 24 saat ini mempunyai visinya yang tersendiri. Setakat hari ini, lagu yang mengisahkan tentang anak muda yang sering dipandang rendah dan cuba memperbaiki diri agar lebih baik ini telah diulang tonton hampir 7,000 kali di YouTube. Flow dan delivery Mortal yang tersendiri merupakan salah satu sebab penulis menyukai lagu ini. Menurut Silent Set Entertainment:

“Malaysia kekurangan rapper Melayu yang menggunakan medium bahasa Inggeris namun Mortal  membuktikan bahawa tiada apa yang membezakan rapper Melayu dan bukan Melayu dengan stail rap dan energi setiap bars yang disampaikannya.”

Seperti video muzik (MV) Mortal sebelum ini, MV rasmi The Light turut diarahkan sendiri oleh bos besar Silent Set Entertainment, Zulakid Aizat. Tanpa sebarang cameo, beliau merealisasikan idea asal Mortal ke dalam bentuk visual di beberapa lokasi sekitar ibu kota.

Segulung ucapan tahniah diucapkan kepada Mortal dan Silent Set Entertainment di atas projek yang menarik untuk pembuka tahun 2022. Semoga terus konsisten menghasilkan naskah-naskah berkualiti sebegini di masa hadapan.

Ikuti laman sosial Mortal dan  Silent Set Entertainment untuk mengetahui perkembangan terkini mereka:

Instagram Silent Set Entertainment

Instagram Mortal

YouTube Silent Set Entertainment

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅