Tanggal 23 Januari 2022, band Post-Hardcore yang berasal dari Selangor, Zerophobia telah melancarkan sebuah video muzik (MV) dengan judul Sinner di saluran YouTube rasmi mereka. Naskah tersebut yang hadir dengan jangka masa selama 4 minit 16 saat merupakan single promosi daripada album terbaru mereka dengan judul yang sama.
Istimewanya, Sinner turut menampilkan Raja Nazrin Shah (Sekumpulan Orang Gila) sebagai penyanyi undangan. Gandingan ketiga-tiga vokal Daniel Aswad, Harith Zikry dan Raja Nazrin Shah ternyata memberikan sebuah nafas baru yang berbeza berbanding karya-karya mereka sebelumnya.
Sinner mengisahkan tentang seorang pendosa yang tidak dapat memadamkan dosa-dosa silam dari hatinya. Dosa-dosa tersebut kemudian memakan dirinya dan mendatangkan tekanan perasaan yang menimpa dirinya.
Lagu ini dirasakan sedikit gelap dan menyedihkan. Bagaimanapun ia mengajak pendengar untuk berdamai dengan diri dan kesalahan peribadi. Jika kita sendiri tidak mampu menerima kesalahan yang pernah dilakukan pada suatu ketika dulu, siapa lagi yang mampu?
Dengarkan Sinner di saluran YouTube rasmi Zerophobia dan ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram untuk informasi terkini muzik mereka. Dapatkan juga tiket pelancaran album mereka pada 5 Februari 2022 nanti.