Kolaborasi Empty Page Dan Rudeen Lahirkan ‘Seolah’

oleh Anome
1.7K bacaan

Empty Page dengan penampilan istimewa Rudeen telah melancarkan sebuah video muzik (MV) single terbaru dengan judul Seolah di saluran YouTube Empty Page pada 22 Januari 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 20 saat.

Gandingan vokal Zic dan Rudeen boleh dikatakan satu gendingan yang serasi, tidak terlalu berat, santai dan bersahaja. Kemunculan istimewa Mohsein Kush (vokalis Voidavoid) turut membantu merancakkan jalan penceritaan MV tersebut terutamanya di babak pertengahan lagu.

Seolah mengisahkan tentang dua insan yang tidak ditakdirkan untuk bersama, seolah-olah seluruh alam tidak ingin mereka berdua hidup bersama. Walau apa pun yang dilakukan, individu itu tidak dapat memaksa individu yang lainnya untuk kekal di dalam sesuatu perhubungan.

“Seolah kita ditakdirkan berpisah.”

Empty Page sepertinya telah menjumpai arah haluan muzik mereka dan mahu mengekalkan permainan sebegitu di dalam karya-karya mereka. Persoalannya, adakah mereka akan terus bermain secara selamat atau akan ada perubahan dari segi nada dan susunan melodi yang lebih mencabar pada masa akan datang?

Dengarkan Seolah di saluran Youtube Empty Page. Ikuti juga Empty Page dan Rudeen di saluran media rasmi Twitter dan Instagram untuk informasi terkini perkembangan muzik mereka.

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅