Ramai Puji Daron Gitaris System Of A Down (SOAD) dalam Video Lagu Baru, Ini Sebabnya

oleh Chiv Iscandar
1.2K bacaan

Baru-baru ini, System Of A Down (SOAD) telah mengeluarkan video rasmi single terkini mereka iaitu Genocidal Humanoidz pada 31 Januari 2021. Ini adalah lagu pertama dihasilkan oleh mereka setelah 15 tahun sejak album studio terakhir mereka ‘Hypnotize’.

Namun begitu, selain keletah vokal raprock-dribble serta kekuatan lagu yang bermesej politik kental, ramai yang memperkatakan tentang penampilan gitaris Daron Malakian yang masih segak, bergaya dalam video tersebut.

Menurut mereka, Daron seolah-olah tidak dimakan usia, sama keadaan dan rupa ketika beliau pertama kali tampil mengejutkan ramai orang dengan aksi gila dalam video klip Chop Suey dan Toxicity pada tahun 2001.

Berbanding dengan vokalis Serj Tankian yang kelihatan sudah beruban janggut, Daron masih kelihatan ‘steady‘ pada usia 45 tahun dengan celak mata (eyelash) dan ramai peminat gembira menonton.

System Of A Down kini masih cergas menjalankan aktivisme kesedaran terhadap nasib mangsa-mangsa dan askar-askar dalam perang Nagorno-Karabakh di tanahair kelahiran mereka, Armenia yang menurut mereka, disebabkan agresi negara Azerbaijan.

Lagu Genocidal Humanoidz ini adalah antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru mereka, khabarnya menjelang akhir 2021 ini.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅