Rapper Silento (Watch Me Whip/Nae Nae) Terciduk Bunuh Sepupu Sendiri di Amerika

oleh Chiv Iscandar
802 bacaan

Rapper yang pernah menggegarkan dunia hiphop dengan lagu viral ‘Whip/Nae Nae‘, Silento telah terciduk akibat tuduhan menembak dan membunuh sepupu sendiri awal minggu ini.

Kejadian berlaku di satu kejiranan dekat Georgia, US sekitar jam 3 pagi 21 Januari lepas apabila kamera keselamatan menangkap mangsa, Frederick Rooks (34) yang juga sepupu Silento maut rebah setelah ditembak dengan pistol oleh seseorang yang kemudian melarikan diri dengan kereta. Hasil siasatan seterusnya mengaitkan dengan Silento.

Silento atau nama sebenarnya Ricky Hawk hanya berusia 17 tahun ketika muncul dengan ‘Watch Me Whip/Nae Nae‘ ini pada tahun 2015, lihat keletah menarik beliau:

Lagu ini juga sering berkumandang di stesen-stesen radio Melayu seperti Hot dan Era FM semasa kemuncaknya, menjadi antara antem hangat yang digilai dan disukai para gadis.

Dengan kini dipenjara, nasib beliau hanya ditentukan setelah dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

Rappers Malaya, jangan tiru ini machiam….

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅