Lily Allen Terap Elemen Electropop, Jazz dan Country Dalam Album Kedua

oleh Azam Gilmour
1.4K bacaan

Lily Allen lancarkan album kedua beliau It’s Not Me, It’s You hari ini pada 2009, 12 tahun lalu. Dengan kerjasama Greg Kurstin sebagai produser dan penulis lagu, kembali bertugas yang sebelum ini pernah bekerjasama untuk album pertama Lily, Alright, Still (2006).

Album ini boleh dikatakan sangat berbeza dari Alright, Still, di mana Lily meninggalkan pengaruh ska dan reggae, tetapi memasukkan elemen electropop, jazz dan country.

Single pertama The Fear menduduki carta UK Singles dan bertahan untuk beberapa minggu. Single lain yang menduduki UK Top 5 adalah Not Fair, F**k You, 22 dan Who’d Have Known. Back to the Start dilancarkan dalam bentuk 7″ edisi terhad sempena Record Store Day tahun itu.

Lily mempromosikan album ini dengan membuat persembahan di pelbagai program TV, termasuk Jimmy Kimmel Live! dan The Ellen DeGeneres Show. Lily juga mempromosikan dengan jelajah It’s Not Me, It’s You World Tour, di beberapa negara Eropah, utara US, Asia, Oceania dan selatan US.

Ada peminat Lily Allen tak?

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #LilyAllen #ItsNotMeItsYou #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅