Apa Maksud Di Sebalik Tajuk Album The Offspring, ‘Ixnay On the Hombre?’

oleh Azam Gilmour
490 views

Album studio keempat The Offspring, Ixnay On the Hombre dlancarkan hari ini, 24 tahun lalu. Selepas mendapat kejayaan komersial Smash (1994), mereka kembali ke studio di pertengahan tahun 1996 untuk merakam album baru.

Tajuk album tersebut adalah campuran bahasa latin pig (Ixnay adalah versi lain perkataan nix, sangat familiar dengan filem Hollywood 40’an) dan Sepanyol, Hombre yang bermaksud orang, untuk menyampaikan mesej yang bermaksud Fuck the Man, dan maksud lain Fuck Authority. Penulis pun baru tahu maksud sebenar tajuk album ini ketika menulis artikel ini. Haha.

Ixnay on the Hombre adalah sebuah album yang kejayaannya tidak setanding Smash tetapi masih dikategorikan sebagai album yang berjaya. Menduduki tangga pertama dalam carta US Billboard 200, dengan kritikan positif dari pengkritik muzik dan peminat mereka. Disahkan Platinum oleh RIAA di US dengan jualan lebih 3 juta salinan seluruh dunia.

Apa pendapat kalian tentang album ini?

Empat single dikeluarkan untuk mempromosikan album ini:

#AzamGilmour#MusicAddictsMalaysia#MAMY #TheOffspring #Offspring #IxnayOnTheHombre #PopPunk #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati