Bintang P*rno: “Marilyn Manson Memang Lahanat!”. Ini Sebabnya

oleh Chiv Iscandar
2.3K bacaan

Baru-baru ini, arena Rock dan perMetalan antarabangsa gempar dengan kes penderaan seksual oleh ikon Shock-Rocker, Marilyn Manson kepada bekas-bekas teman wanitanya.

Perkara ini didedahkan oleh bekas teman wanita, pelakon Rachel Evan Woods (Westwood, HBO) yang juga kini seorang aktivis kemanusiaan dalam instagram beliau lalu mendapat perhatian industri hiburan yang rata-rata terperanjat dengan tahap keseriusan perkara tersebut.

Rachel bertemu ketika dia 18 tahun dan Marilyn 36 tahun dan sejak itu, dikatakan telah melalui pelbagai keperitan dan masalah kesihatan mental sepanjang perhubungan mereka.

Jenna Jameson Tertipah

Terbaharu, seorang bintang p*rno yang pernah menjalin hubungan sekejap dengan Marilyn Manson sekitar tahun 1997, Jenna Jameson turut membuat pendedahan yang menakutkan.

Menurut Jenna, Marilyn atau nama sebenarnya Brian Warner pernah berfantasi mahu membakarnya hidup-hidup (burning her alive) ketika berasmara dan perkara ini menimbulkan ketakutan yang masih disimpannya hari ini. Hanya ketika kes ini mendapat liputan meluas, barulah Jenna berani menyuarakannya.

Jenna pernah menulis autobiografi beliau, “How to Make Love Like a P*rn Star: A Cautionary Tale” tetapi tidak pula mengandungi ancaman seksual tersebut melainkan saiz b*tang Marilyn yang dikatakan agak ‘besar dan janggal’.

Wes Borland & Trent Reznor – ‘Marilyn memang Arshole!’

Gitaris Nu Metal kesayangan semua, Wes Borland (Limp Bizkit) dan serta pemula Nine Inch Nails (NIN), Trent Reznor juga turut mengkritik dalam temubual eksklusif bagi mendapatkan maklumbalas kes Marilyn tersebut.

Ini kerana Marilyn telah membuat palat terhadap kehidupan rockers-rockers yang tidak semestinya bersikap abusif dan menindas kepada wanita dan alam sekitar.

Marilyn cuba menjawab kembali melalui IG dan merasakan pula perkara tersebut seolah-olah ia satu pembohongan pada realiti ‘artistik’ beliau selain perhubungan memerlukan konsensus bersama, “Obviously, my art and my life have long been magnets for controversy, but these recent claims about me are horrible distortions of reality. My intimate relationships have always been entirely consensual with like-minded partners. Regardless of how – and why – others are now choosing to misrepresent the past, that is the truth.

Apalah akan terjadi pada Marilyn Manson selepas ini akibat salahlaku beliau? Beliau kini telah digugurkan daripada syarikat rakaman beliau Lorna Vista serta beberapa rancangan TV lain selain terus mendapat kecaman.

Tidak hairan dan bukan misteri juga, lagu saduran yang menaikkan populariti beliau ‘Sweet Dream’ (artis asal Eurhytmics) turut mengandungi lirik ‘Some of them want to abuse you, Some of them want to be abused….

Atau, adakah ini semua satu komplot terhadap karier muzik Marilyn?

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅