Luahan Peribadi WordsmithBandit Dalam ‘All The Sins That I Have Left Behind’

oleh Rahmat Mohd Did
1.7K bacaan

Setelah meluncur tiga single pada tahun lepas, WordsmithBandit (WSB) kembali dengan rilisan terbaharu bernuansa modern alternative rock berjudul All The Sins That I Have Left Behind pada 5 Februari 2021.

Penyanyi-penulis lagu asal Kuala Lumpur dengan nama sebenar Fadirul Fais ini mula mencipta alter-ego WSB di tahun 2020 dengan single pertama berjudul Homebound pada bulan April, sebagai refleksi terhadap pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu sebelum melancar Fitrah pada bulan Mei dengan tema ketuhanan yang indah. Kedua-dua buah lagu bernuansa pop-rock dan easy-listening sebelum beliau mengubah haluan ke arah lebih keras dengan single Even 7 Hells pada bulan Disember.

Perubahan tersebut tidaklah mengejutkan kerana pengaruh muzikal WSB sendiri yang sangat luas. Beliau tidak meletakkan sebarang genre spesifik kepada haluan muzik WSB tetapi variasi pengaruhnya adalah daripada Bob Dylan ke Elliot Smith, Rolling Stones ke Black Rebel Motorcycle Club, Black Sabbath ke Nirvana dan banyak lagi.

Bagi single All The Sins That I Have Left Behind, WSB menerangkan bahawa ia adalah lagu paling peribadi pernah ditulisnya setakat ini.

“Lirik lagu ini berkisar tentang keinsafan, taubat dan kesedaran tentang makna sebenar kehidupan dan diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami semua insan.

“Dari segi muzik pula, ia dipengaruhi bunyi alternative rock 90an dan 2000an.”

Secara peribadi, keluaran terbaharu WSB ini agak menarik juga dan mengembalikan nostalgia Seattle Sounds yang pernah menguasai dunia suatu ketika dahulu. Namun, hasil akhirnya mungkin mampu jadi lebih baik jika melalui proses mixing dan mastering di tangan yang lebih berpengalaman. Apa pun, syabas buat WSB dan teruskan berkarya!

Ikuti WordsmitBandit di:

Instagram

YouTube

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅