Fall Out Boy Bereksperimen Dengan Pelbagai Genre Termasuk R&B, Soul Dan Flamenco

oleh Azam Gilmour
1.1K bacaan

Fall Out Boy, sebuah band alternatif dari US melancarkan album ketiga mereka, Infinity on High pada 6 Februari 2007, 14 tahun lalu. Dirakam dari Julai hingga Oktober 2006 di Pass Studios, Los Angeles, California. Muziknya ditulis oleh penyanyi dan pemain gitar, Patrick Stump dan lirik oleh Pete Wentz, pemain bass mereka.

Album ini menampilkan kolaborasi dengan produser baru dan artis lain seperti Babyface dan Jay-Z, dan jika kalian biasa dengar lagu dan album mereka sebelum ini, pasti kalian perasan kelainan dalam album ini. Mereka mengeksperimen album ini dengan pelbagai genre lain termasuk R&B, Soul dan Flamenco.

FOB juga menggunakan instrumen lain seperti horns, violin dan piano, yang tidak pernah mereka gunakan didalam mana-mana album mereka sebelum ini.

Menurut Billboard, FOB berlayar lebih dari elemen awal mereka Pop Punk untuk mencipta lebih kepada tune pop. Pengkritik juga berkata lirik mereka juga sudah berbeza kerana mereka sudah terkenal. FOB turut melancarkan beberapa siri jelajah untuk promosikan Infinity On High, termasuk Friends Or Enemies Tour, Honda Civic Tour dan Young Wild Things Tour.

Infinity On High terus menduduki tangga pertama carta Billboard 200, terjual lebih 260, 000 salinan dalam minggu pertama pelancaran dan perkara ini menjadi album pertama mereka yang menduduki tangga pertama carta. Turut ditangga pertama di New Zealand dan berada dalam lima teratas di Kanada, United Kingdom dan Australia, empat single berjaya menduduki Billboard Hot 100, dengan This Ain’t A Scene, It’s An Arms Race berada ditangga kedua.

Infinity On High juga mendapat pujian dari pengkritik, dengan memuji suara Stump dan halatuju muzik mereka, dan terjual lebih 3 juta salinan seluruh dunia dan 2.4 juta sahaja di US.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #FallOutBoy #InfinityOnHigh #ThirdAlbum #AlbumAnniversary

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅