Bob Marley Sambut Ulangtahun ke-75 Dari Kubur: 10 Lagu Terpenting Beliau

oleh Chiv Iscandar
1.4K bacaan

Tanggal 6hb Februari 2021 ialah ulangtahun kelahiran lagenda Reggae, Bob Marley yang tiada tolok bandingnya. Berasal dari negara Jamaica, lagu-lagu beliau adalah simbol keamanan, keadilan dan perjuangan menentang penindasan. Melalui kumpulan beliau The Wailers, Bob Marley telah mempopularkan genre reggae dengan mengeluarkan sebanyak 13 album studio dari 1965 sehingga kematian beliau pada tahun 1981.

Sempena memperingati beliau, marilah bersama hisap bong sambil ikuti ranking sepuluh (10) lagu terpenting dan termasyhur sepanjang karier reggae beliau – anda pasti mengetahui lagu-lagu ini:

1. Is This Love

Lagu Bob Marley terhebat dan penuh simfonik dengan korus paling mencengkam ‘Is this love – is this love – is this love Is this love that I’m feeling?’.

2. No Woman, No Cry

Lagu Bob Marley paling lejen dan menjadi ikutan seluruh generasi.

3. Redemption Song

Lagu Bob Marley yang dinyanyikan secara akustik tentang kemanusiaan.

4. Buffalo Soldiers

Lagu yang merujuk kepada skuad rejiman askar kulit hitam semasa perang saudara Amerika.

5. I Shot The Sheriff

Lagu ini ialah antem tentang korupsi dan penyelewengan iaitu bagaimana seorang pemuda tertembak penguasa polis apabila cuba mempertahankan dirinya setelah dihambat berulang kali – ‘I shot the sheriff, but I didn’t shoot no deputy, oh no, oh‘. Bob mencipta lagu ini pada 1973 tetapi hanya apabila Eric Clapton mengeluarkan ‘single‘ lagu ini, ia terus menduduki carta No. 1.

6. Get Up, Stand Up

Lagu terpenting Bob Marley tentang perjuangan dan bangun melawan penindasan. Kumpulan Metal tempatan, Koffin Kanser turut mengambil inspirasi lagu ini dan telah mempopularkan semula lagu ini dalam kancah muzik tempatan.

7. Could You Be Loved

Antara lagu Bob yang ikonik sepanjang zaman.

8. Three Little Birds

Lagu hebat Bob Marley yang tiada siapa kenal tajuknya tetapi mengandungi satu bait lirik yang anda pasti ingat – “Cause every little thing gonna be alright!

9. One Love

10. Stir It Up

Saudara Bob Marley akan terus diingati kerana beliau membawa mesej-mesej keamanan, kemanusiaan dan perjuangan dalam lagu-lagu beliau. Walaupun beliau kini telah tiada, Bob Marley masih terus memberi inspirasi kepada generasi baharu reggae dan mereka yang cintakan keamanan.

‘One Love, One Heart, Let’s Get Together and Feel Alright’

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅