Revenge Menggamit Nostalgia Menerusi ‘1.9.8.0’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2K bacaan

Selepas muncul kembali dengan single Hutang Bayarlah Woi, Revenge sekali lagi melakukan kejutan dengan pelancaran single terbaru mereka iaitu 1.9.8.0. pada 6 Februari 2021.

Ada apa dengan 1.9.8.0? Itulah persoalan penulis ketika single ini dilancarkan dan apa yang mengejutkan penulis adalah mereka melancarkan single ini dengan sangat cepat kerana bahang dari single sebelum ini iaitu Hutang Bayarlah Woi belum reda dan secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran mereka melancarkan 1.9.8.0.

Dalam bedah siasat lagu ini, penulis merasakan single ini bukan sekadar sebuah single. 1.9.8.0 merupakan sebuah antem yang harus diingati di setiap acara yang mereka akan tempuh. Lirik yang lebih matang dari single sebelum ini dan susunan lagu yang easy listening serta kualiti lagu ini telah dipersembahkan dengan sangat baik seperti menikmati Nasi Ahmad di Kota Damansara. Sejujurnya, penulis secara automatik singalong sepanjang lagu ini dimainkan.

Revenge dari kiri: Hafiz, Syafrizal, John, Wak

Tidak dilupakan juga permainan instrumen mereka telah digarap dengan sempurna. Guitarwork yang kemas, bunyian bass yang meletup-letup macam minum Coca-Cola siap ada bunyi kucing di bahagian akhir lagu dan ketukan drum yang berlemak. Penulis juga terpesona dengan melodi yang dilontarkan oleh vokalis mereka. Fuhh!! Sedap ni boi. Di sini penulis ingin nyatakan, keputusan mereka menggunakan Saudara Oney dari Indra Bangsawan Studio sebagai produser ialah satu keputusan yang tepat atau dalam erti kata lain, Right Time, Right Place.

Menerusi perbualan penulis bersama Wak iaitu gitaris Revenge,

1.9.8.0 lagu tentang tribute band-band Heavy Metal kesukaan aku sebab aku membesar dengar lagu-lagu diaorg ni dari zaman sekolah lagi sampai sekarang. Dan aku nak berkongsi dgn semua orang betapa seronoknya layan genre Heavy Metal ni yang dah lama survive dari tahun 80’an lagi dan sebagai tanda ucapan terima kasih aku pada band-band ni yang banyak bagi aku inspirasi dalam hidup.

Aku harap single ni akan pergi jauh dan menjadi lagu “kebangsaan” utk penggemar muzik Revenge dan juga peminat muzik keras tanah air buat selama lamanya.

Dalam perbualan ini juga, Revenge menyatakan bahawa mereka turut merancang untuk menerbitkan sebuah video muzik dan dalam masa yang sama turut aktif dalam penjualan T-Shirt rasmi mereka iaitu Heavy Metal Or Die. Dan jika tiada aral melintang, mereka akan mengeluarkan album yang pertama di masa akan datang.

Tidak dilupakan juga, mereka telah mengeluarkan dokumentari tentang 1.9.8.0 di You Tube untuk tontonan para pendengar muzik di luar sana.

Tahniah dan Syabas buat Revenge atas pelancaran single mereka. Penulis mendoakan semoga kalian terus maju jaya di masa hadapan dan jangan pernah berhenti separuh jalan. Heavy Metal Or Die!!!.

Ikuti Revenge di:

Facebook

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅