NOGAS Kembali Menggegar Dengan Single ‘Glory’

oleh Rahmat Mohd Did
2K bacaan

Selepas dua bulan menerbitkan single Nation of Hatred, aksi groove metal Bumi Kenyalang, NOGAS kembali dengan buah tangan baharu, Glory yang lebih matang dan ‘menyenggama’ minda di saluran YouTube mereka pada 5 Februari 2021.

Formasi lima anak muda dari Bintulu dan Miri ini hadir untuk memecahkan dinding penghalang peminat-peminat extreme metal baru dan lama dengan nuansa muzikal mereka yang unik hasil pengaruh berbeza setiap anggotanya.

Walaupun Nation of Hatred dan Glory dirakam di studio sama iaitu Scar Riff Studio, namun jelas kedengaran penambahbaikan dari segi hasil adunan keduanya. Menerusi Glory, dua bahagian instrumen yang paling menonjol adalah vokal dan drum yang sangat lunak berbanding sebelumnya. Gitar dan bass juga masih konsisten memacu irama, namun kali ini dengan hasil akhir yang lebih baik.

Menurut mereka, MV Glory mengandungi rakaman-rakaman persembahan dan siri jelajah mereka sebelum pandemik melanda dan didedikasikan khas semua yang terjejas terutamanya yang terlibat dalam scene muzik bawah tanah tempatan.

Ikuti NOGAS di:

Facebook

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅