Real Shit In Georgetown Vol. 3: Chaos di Utara Tanah Air

oleh Music Addicts Malaysia
722 bacaan

Oleh: Az Zanuzie  Foto: Behind The Bang


Sudah tiba masa untuk aku update tentang gig yang telahpun berlangsung di Soundmaker pada tanggal 22 jun 2024 baru-baru ini. Ia adalah sebuah gig yang dinantikan ramai peminat muzik di utara tanah air, salah satu sebabnya adalah memberikan laluan kepada band dari luar Malaysia untuk turun bermain di utara.

Gig yang diberi nama Real Shit In Georgetown Vol. 3 ini dianjurkan oleh pihak Ruas Store Penang, tetapi memandangkan gig tahun lepas crowd terlalu ramai untuk dimasukan ke dalam hall Ruas, makanya team Ruas telah berkerjasama dengan Soundmaker Studio untuk kali yang kedua. Jadi tidak membuang masa lagi aku teruskan dengan apa yang terjadi sepanjang hari di REAL SHIT IN GEORGETOWN VOL 3.

Gig kali ini membawa banyak band yang lebih happening berbanding tahun sebelumnya dan kali ini aku rasakan gig ini adalah salah satu list gig yang aku akan datang. Jadi untuk kali ini pihak Soundmaker membuat persediaan awal dari segi aircond, stage dan backline yang telah disusun rapi untuk memudahkan band bergerak lebih selesa di atas stage.

Parotid

Mizie jidin adalah Emcee yang sama seperti tahun sebelumnya juga dan kali ini ketepatan masa band pertama tidaklah dianggap sangat lewat tapi masih lagi dalam masa yang boleh dikira ok. Band pertama kali ini adalah band PAROTID. Sebuah band yang hanya memerlukan dua line up sahaja untuk mengegarkan stage selaku band pembuka.Band ini hanya ada drum dan juga bass tetapi bass mengunakan pedal yang memberi impak besar dalam band ini. Mereka juga lebih dikenali sebab mereka berasal dari utara tanah air dan mereka juga aktif dalam gigs yang berlaku di sekitar Malaysia. Dalam masa yang sama band ini juga pada aku membawa satu gerak muzik baru pada aku sebab dengan dua line up kita dapat rasakan full performance macam 5 line up bermain. Bedilan bass yang kuat dan blast beat yang laju dari drummer membuatkan ramai crowd mula crowd surf walaupun mereka ini band pertama.

DeritaxTerus

Selesai band pertama, emcee cuma memberi sikit shout out pasal band yang akan beraksi sampai malam nanti. Kemudian band kedua terus berada di atas stage. Band DERITA X TERUS beraksi. Band ini telahpun menghabiskan Japan Tour baru-baru ini dan mereka terus ke Penang untuk bersama memeriahkan scene di utara. Pada aku mereka memang band yang power dengan penampilan yang begitu menarik dan aku suka melihat gelagat mereka di pentas, Dalam keadaan aku masuk dapat mendengar butir-butir ayat dalam lirik mereka, crowd di barisan hadapan memang non stop bang dan body surf . Pada aku gig kali ini lebih happening sebab mungkin dari pilihan band yang dibawa dan juga susunan band dalam list memberi impak pada crowd untuk terus enjoy.

Semasa menunggu band seterusnya, crowd mula ke booth merch yang terletak di bahagian belakang studio. Untuk kali ini banyak band bawak merch dan aku dapat lihat sendiri hasil jualan pun banyak. Dengan kemudahan bayar secara online dan cash lebih memudahkan crowd untuk buat pembayaran.

Clockwise

Dalam keadaan yang tengah hype dalam gig tadi, tiba-tiba aku dapat tengok band yang datang dari kuching Sarawak. Mereka semua masih muda dan aku rasa salah satu band yang mempunyai bakat besar dalam scene di sana. Band tersebut adalah CLOCKWISE yang membawa genre post punk. Tapi vibe yang diorang bawak memang sangat menarik. Susunan lagu dan aku paling minat adalah riff mereka yang bagi feel yang best pada aku dan juga tak lupa kepada crowd. Aku sempat membeli merch CD mereka dengan harga RM20.00 sahaja. Jadi sapa yang nak membeli boleh terus check out di Instagram mereka nanti.

Pressure Side

Band keempat telahpun berada di stage dan kali ni ada gadis yang menjadi vokalis band ini. Band ini adalah PRESSURE SIDE. Meraka merupakan sebuah band hardcore yang datang dari selatan tanah air iaitu Johor Bahru dan kedatangan mereka ke Penang memang tidak sia-sia. Kekuatan vokal yang baik dan juga banyak dapat dilihat perbezaan dari scene hardcore ialah dari segi cara permakaian dan juga lagu. Semasa aku sedang dengar lagu mereka ini, mereka berjaya modified lagu RATM dan beberapa band lain untuk dimasukan di bahagian intro dan satukan dengan lagu mereka dan pada aku ini salah satu cara yang menarik sebab lagu yang dipilih pun memang nampak bersesuaian dan ada energi.

Ibliss

Selesai dengan energi scene dari Johor kita teruskan dengan band seterusnya iaitu one and only IBLISS. Kali ini Ibliss ada bawak lagu baru yang diselitkan di dalam set list mereka. Dengan keadaan stage yang disinari cahaya merah kita dapat dengar sound yang keluar dari band ini adalah sangat baik dan aku sungguh berpuas hati dengan hasil yang dimainkan pada malam itu. Dalam masa yang sama Ibliss juga berjaya bagi crowd singalong hampir kesemua lagu mereka sebab Ibliss adalah salah satu band yang agak berpengaruh juga malam ini.

Ibliss melabuhkan tirai dan stage berhenti sebentar untuk menghormati solat maghrib. Dalam masa yang sama ramai yang masih berkeliaran dalam hall sebab kali ini banyak band yang bawak merch seperti baju, cap, CD, kaset dan vinyl. Jadi suasananya menjadi lebih meriah dan untuk membeli minuman crowd dah tidak perlu turun sebab di Soundmaker sudah tersedia dengan penjualan minuman ringan. Agak bagus idea ini sebab tidak menyusahkan crowd untuk mencari kedai.

Rugh

Selepas waktu maghrib stage kembali digegarkan dengan band RUGH, sebuah band yang baru release EP terbaru mereka Quintessense EP dan mereka adalah band yang sering kali diberi peluang untuk bermain di Penang oleh Ruas. Dalam pemerhatian aku sound yang diorang bawak adalah salah satu sound yang ada penggemarnya sendiri di utara tanah air. Dan ini salah satu sebab crowd memang menunggu masa untuk band ini berada di atas stage. Rugh juga membawa beberapa merch untuk dijual di booth kali ini. Aku rasa crowd memang tak puas sebab selepas lagu terakhir crowd mita encore tapi masa dan setlist mereka hanya setakat itu dan aku harap dapat lagi tengok Rugh pada masa akan datang.

Selepas Rugh memeriahkan pentas kita rehat sebentar dengan persembahan 5 line up band, so kita ke band DEKLARASI. Salah satu band yang ada si pemain analog dan juga seorang wanita selaku vokalis. Mereka agak terkenal di Penang dan selalu support untuk gig yang dianjurkan oleh Ruas Store. Kali ini crowd memang menunggu untuk melihat sendiri beat yang dihasilkan oleh Apit bermula dari kosong sehingga terbentuk menjadi sebuah lagu. Vokal wanita memakai effect suara yang memberikan satu vibe new age punya sound dan hasilnya crowd amat happy dan dancing dengan muzik tersebut.

Shtypes

Selesai crowd semua berehat badan dan juga pendengaran mereka, stage kembali panas dengan kemunculan band SHTYPES. Lagu pertama sahaja crowd seperti ada energi baru terus mosh, slam dan penuh atas stage dive dan satu vibe yang aku rasa ini adalah hasil mereka menunggu dari petang tadi. Sebab pada awalnya aku tak berapa kenal band ni tapi ramai yang menunggu band ini dan aku tertanya apa yang best. Selepas aku dapat mendengar dan tengok sendiri showmanship diaorang di atas stage, ya mereka layak dikenali sebab vibe diaorang bawak salah satu vibe yang memang sesuai dengan gig kali ini. Mereka juga telah memberi impak pada crowd dari depan stage hingga ke belakang. Salute Shtypes.

Speech Odd

Salah satu band yang ditunggu-tunggu oleh crowd di gigs ini SPEECH ODD adalah sebuah band hardcore scene dari Thailand. Mereka antara yang terawal sampai di gig dan terawal buka booth untuk merch band mereka. Speech Odd sang vokalisnya memulakan show dengan cukup bertenanga dan aku dapat melihat line up mereka arrange sound meraka sangat berbeza dengan scene hardcore di utara malaysia ini. Riff mereka hampir seakan metal dengan kepaduan hentakan drum yang padu. Bass juga dengan 5 tali yang berdentum bunyinya, hampir kesemua crowd mula datang ke hadapan stage untuk stage dive dan mereka menyanyikan bersama lagu mereka. Vokalis Speech Odd walaupun seorang wanita tapi energinya begitu power sampai aku sendiri dapat lihat energi tidak kurang walaupun beraksi di atas pentas hampir 45 minit. Band ini juga ada bawak album dalam bentuk CD, kaset dan ada juga t shirt dan cap.

Prospexx

Kita hanya tinggal lagi dua band untuk menunggu band yang terakhir. Selepas Speech Odd selesai, sebuah band yang seakan Deklarasi tapi bermain alat analog yang lebih moden sedikit iaitu PROSPEXX dari Singapura. Band ini dianggotai oleh seorang vokal wanita dan juga seorang keyboardist yang menghasilkan keseluruhan lagu. Berbeza dengan Deklarasi, muzik mereka ini pada aku seakan new wave goth era. Dalam masa yang sama vibe dalam hall gig dah jadi seperti club. Ini adalah salah satu strategi penganjur untuk bagi relax sebentar sementara crowd ambil energi kembali untuk band terakhir. Prospexx juga ada bawa t shirt dan merch dan kepada mereka yang tak sempat membeli boleh check out dalam Instagram mereka.

Peach

Band terakhir yang ditunggu-tunggu oleh seluruh crowd yang hadir malam ini. Sebuah band yang didatangkan khas dari Indonesia iaitu PEACH. Sebuah band yang membawa genre hardcore yang dianggotai 4 orang wanita dan seorang lelaki. Keunikan band ini adalah melihat mereka perform dengan keadaan yang aku sendiri tak tahu apa kemampuan mereka sebenar. Tapi selepas aku dapat lihat dan dengar lagu pertama mereka, aku banyak fokus kepada drummernya yang memang steady dan bersahaja. Beat semua betul cun dan performance vokal di atas pentas tidak boleh disangkal lagi.

Selepas selesai havoc yang berlaku di dalam hall dan di depan stage, maka tamatlah sudah gig tahunan yang dianjurkan oleh Ruas Store Penang ini. Soundmaker memberi banyak memori gigs kepada banyak band di malaysia terutama scene dari utara tanah air.

Jadi kami mengharapkan semua band berpuas hati dan terus berkarya. Dan sebagai crowd dan juga penulis, aku mengharapkan akan ada lagi Real Shit In Georgetown next year.

Salute!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅