Spider Keluar Sarang Takluk Generasi Baharu

oleh Music Addicts Malaysia
389 bacaan

Kredit: iFix Entertainment.

Oleh: Shafinaz.AS


Pada malam bersejarah pada 22 Jun 2024, Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi kepada sebuah acara yang luar biasa dengan konsert ‘Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024’. Lebih daripada 2,400 peminat setia berkumpul untuk menyaksikan kugiran rock dan ska legendaris, Spider kembali ke pentas dengan semangat yang membara.

Spider berhasil menghidupkan kembali kenangan-kenangan indah dengan membawakan lagu-lagu hits mereka seperti “Kasih Latifah”, “Cinta Dewa Dewi”, “Aladdin”, “Relaku Pujuk” dan banyak lagi. Setiap not musik dipenuhi dengan emosi dan kegembiraan yang jelas terpancar daripada wajah-wajah penonton yang bersemangat.

Kredit: iFix Entertainment.

Penganjur acara, IFIX Entertainment mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa daripada para penggemar yang hadir. Kata Tam (vokalis kumpulan Spider) dalam sesi temubual media, Spider akan merilis piring hitam edisi terhad untuk para peminat dan kolektor sebagai kenang-kenangan dari konsert ini. Piring hitam ini tidak akan hanya menjadi barang koleksi yang langka tetapi juga simbol penghargaan kepada penggemar setia yang telah menyokong Spider sepanjang karier mereka.

Kredit: iFix Entertainment.

Acara ini tidak hanya mengukuhkan nama Spider sebagai pilar utama dalam industri muzik Malaysia, tetapi juga menunjukkan daya tarik mereka yang tak terbantahkan terhadap generasi baharu.

Di tengah kehangatan dan semangat yang membara, Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 berhasil menaklukkan hati para penggemar musik generasi muda, membawa mereka dalam perjalanan yang penuh inspirasi dan keseronokan melalui nostalgia yang abadi.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅