Revolence – ‘Longgar dan Rabak’

oleh Rahmat Mohd Did
922 bacaan

Pertama kali mendengar lagu-lagu band Revolence ni, penulis terus teringat kompilasi A Circle of Friends (1993). Tak pasti samada mereka sengaja atau tidak mengetengahkan sound sebegini, tapi ia benar-benar mengimbau era tersebut – Permainan yang longgar, sound yang rabak, straight forward punk rock!

Berasal dari Rawang, Selangor, Revolence diasaskan pada tahun 2020. Setelah melalui beberapa kali pertukaran ahli dan posisi, kini mereka dianggotai oleh Daus (vokal/ gitar), Nikki (gitar utama), Collapes Kamzleen (bass) dan Redza (pemain dram).

Bermula dengan cover lagu-lagu dari band tempatan dan luar negara, Revolence

mula mencipta karya sendiri dengan dua lagu berbahasa Inggeris sebagai permulaan dan satu lagu terkini dalam Bahasa Melayu. Ruang Sempit Season 2 by Atas Angin merupakan platform pertama mereka di khalayak umum.

Pada pertengahan Mei 2021, dijangkakan lagu keempat mereka akan dilancarkan di Youtube dan dalam masa yang sama, Revolence juga sedang dalam proses menyiapkan EP pertama yang mengandungi 6 buah lagu.

Ikuti Revolence di:

Facebook

Instagram

Twitter

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅