Banyak perkara menarik berlaku di Nusa Fest 2023 dan salah satunya adalah kemuncak aksi hari pertama di mana kumpulan rock legenda Search yang dianggotai Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir telah menjemput pemain dram sessionist yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, Hanifah Naimi untuk set mereka.
@remaja.my Kelainan di pentas @gosearch.official kali ini apabila mereka membawa masuk bakat baru drummer di @nusafest.my Power wa cakap luuuuu adik drummer @hn.naimi ni! Baru berusia 17 tahun, gadis muda ini berjaya membuktikan dia layak berada dia atas pentas bersama sama legenda muzik yang lain 🥳🤩💯 Korang dulu ketika umur 17 tahun tengah buat apa? 😉 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia
Kemunculan Naimi ternyata mengejutkan ramai peminat yang langsung tidak menjangka posisi yang ditinggalkan oleh Arwah Yazit tersebut bakal diisi oleh seorang remaja yang masih bersekolah. Permainannya juga bukan calang-calang, bahagian irama setlist Search pada malam itu sangat ketat dan teratur selain showmanship Naimi sendiri yang bertenaga dan memukau ribuan penonton yang hadir.
https://www.facebook.com/watch/?v=280536987991866
Menurut Amy, walaupun sibuk dengan persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini, Naimi tetap memberikan komitmen yang padu kepada Search.
“Pagi dia pergi sekolah, petang dia praktis dengan kitorang, balik rumah dia buat homework, lepas tu dia tidur, esok pagi macam gitulah dia. Tapi, 17 tahun memang gua respect la eh.”
Search telah membawakan lapan buah lagu untuk set mereka di Nusa Fest termasuk Diari Habil, Gothik Malam Edan, Isi atau Kulit, Cakap Memang Murah, Rozana + Isabella (medley), Paranoid, Pelesit Kota dan Pawana.
Buat masa ini, Search masih belum mempunyai pemain dram tetap. Posisi tersebut sebelum ini diisi oleh Arthur Kam sewaktu konsert di Zepp KL pada tahun lepas.
Selepas ini, mereka akan mengadakan konsert Fantasia Bulan Salju pada 12 Ogos 2023 di Arena of Stars, Genting Highland. Adakah Naimi akan membuat kemunculan sekali lagi? Dapatkan tiket di https://my.bookmyshow.com/e/FANBS23S