Sejarah baharu akan terlakar dan sebuah momen yang sangat dinantikan akhirnya bakal terlaksana. Masakan tidak, the one and only legenda muzik tanah air, Dato’ Sheila Majid akan berada di atas panggung utama, menghiburkan penggemar lewat lantunan vokal gemersiknya.
Menyambut baik semaraknya kembali industri muzik tanah air, Sheila akan membuka pentas karier tahun 2023 dengan sebuah konsert mega yang dinamakan Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023.
Ini merupakan konsert julung kali Sheila setelah kali terakhir beliau menghiburkan penggemarnya pada tahun 2017. Tiket dijual bermula 12 Disember 2022, 11 pagi.
Dibawakan penuh bangga oleh JioBuddy dengan kerjasama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up, konsert ini dijadualkan berlangsung pada 18 Mac 2023, 8:30 malam di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Konsert ini juga turut dipersembahkan oleh AromBay serta rakan rasmi Snack Partner Mamee Chef. Manakala pihak penganjur pula merupakan JioBuddy bersama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up. Suria FM merupakan rakan radio rasmi manakala Astro Gempak bertindak selaku rakan digital rasmi konsert ini. Sebagai penganjur, pihak JioBuddy menjelaskan persetujuan yang diberikan pihak Sheila untuk melaksanakan Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 adalah sebuah khabar baik bukan sahaja untuk mereka, tetapi tentunya buat seluruh penggemar penyanyi tersebut yang sudah lama mendambakan untuk menonton persembahan idola mereka dalam sebuah konsert berskala besar.
“Kami di JioBuddy bersama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up hanya mahu memberikan momen terbaik dari seorang figura hebat industri muzik tempatan kepada semua penggemar.
“Kami juga sedar Sheila Majid bukan sekadar seorang legenda di Malaysia, tetapi sangat disanjung dan memiliki penggemar dari negara serumpun termasuk Singapura dan Indonesia.
“Justeru, melalui Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023, kami bukan sahaja membawakan beliau secara eksklusif kepada penggemar, tetapi sebagai lambang dan semangat bangkitnya kembali industri hiburan tanah air selepas musim pandemik Covid 19 yang tidak pernah dibayangkan akan menyerang dunia sebelum ini,” ujar Sean Ng yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy.
Menambah keistimewaan konsert tersebut, pesohor muzik Jazz ini akan bermain di pentas penuh energi instrumen menerusi BIG BAND, dengan lagu-lagu yang diberi nafas baharu khas untuk persembahan ini. Beliau diiringi dengan 23 pemuzik dengan 13 daripadanya merupakan pemain horns, 7 orang pemuzik band bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh Pengarah Muzik tersohor, Mac Chew.
“Orkestra Jazz atau big band yang dianggotai oleh 10 atau lebih pemuzik dengan empat seksyen termasuk seksefon, trompet, trombone dan bahagian ritma.
“Ini adalah yang pertama kali buat Sheila dan kami tidak akan menjadikannya sebagai momen dua malam. A night of foot tapping, sing along, dance along music. First time ever for Sheila Majid.”
Pengarah Konsert adalah, Jennifer Thompson terus diberi kepercayaan menerajui konsert Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023
“Ini juga bermaksud jika tiket habis dijual, maka hanya pembeli pada tanggal 18 Mac 2022 sahaja secara eksklusif akan menonton, berdansa dan berdendang bersama the one and only legenda kita, Sheila Majid,” tambah Sean Ng.
Lebih mengujakan, JioBuddy akan menghidangkan sebuah acara bersifat unik, premium dan mendahulukan pengalaman yang tiada tandingan khas buat peminat.
“Kami sedia menghidangkan sesuatu yang ‘hangat’ melalui Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023, justeru tiket premium yang disediakan adalah pakej terbaik untuk dimiliki,” janji penganjur lagi. Selain itu, sesiapa yang membeli tiket VVIP (RM1288) dapat menikmati peluang bergambar secara individu bersama Sheila Majid. Oleh itu, jangan melepaskan peluang ini.
Bagi pihak Sheila, figura genit dengan segudang prestasi yang tidak perlu disebutkan lagi itu melihat Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 sebagai tahun pembukaan yang baik buat karier seninya.
Apa lagi, Sheila juga mengaku rindu untuk menghiburkan penggemar yang tidak pernah berhenti menyokong karier seni sejak zaman Dimensi Baru pada tahun 1985 sehingga kini.
Penggemar jugalah yang tidak pernah berhenti memberi sokongan buat pelantun lagu Sinaran, Pengemis Muda dan Antara Anyer Dan Jakarta ini terus relevan dalam industri seni meski sudah lebih tiga dekad menjadi penghibur.
“Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 akan mengubat kerinduan saya kepada penggemar dan begitu juga buat penggemar untuk kembali berhibur dengan untaian lagu lagu yang akan didendangkan nanti.
“Seperti mana anda semua tahu, andalah kekuatan yang sangat saya hargai sepanjang karier ini. Ia akan menjadi sebuah lagi konsert penuh memori buat kita semua,” ujar Sheila Majid.
Sheila kali terakhir melancarkan album studio penuhnya pada 2017 berjudul Boneka. Boneka dihasilkan selepas 13 tahun album Cinta Kita meledak di pasaran pada 2004.
Meski tidak memiliki album sepanjang enam tahun terakhir, Sheila mengubat rindu peminat menerusi single Ketika Cinta Ingin Dimengerti pada 2021.
Beliau kemudian meminjamkan suara merdunya mengalunkan lagu runut bunyi filem Juang, Wira Hatiku yang cukup kental dengan semangat apresiasi terhadap para pejuang barisan hadapan sepanjang pandemik melanda negara.
Tiket tiket berharga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP) boleh dibeli melalui www.Jiobuddy.asia.
Jadi jangan terlepas untuk menjadi sebahagian daripada sejarah hebat di Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 yang akan berlangsung pada 18 Mac 2023, 8:30 malam di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.