Soundwave Tampil Nakal Bersama Teza Sumendra dalam single terbaru ‘F’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.5K bacaan

Kugiran dari Indonesia, Soundwave telah melancarkan single terbaru pada 10 Februari 2022 di semua platform media strim dan juga berkolaborasi bersama Teza Sumendra bertajuk “F”

Menurut Soundwave, single ini mempunyai nuansa yang berbeza berbanding lagu-lagu Soundwave sebelumnya. Terjadinya kolaborasi ini adalah disaat Jevin (Soundwave) memainkan sebuah beat yang membuatkan Teza tertarik kerana beat tersebut terdengar seksi dan terus mengolahnya menjadi sebuah lagu.

Bertemakan kemesraan bercinta dengan berpasangan, Soundwave dan Teza bersependapat bahawa lagu cinta tidak semestinya membawakan sesuatu yang romantis bahkan boleh diselitkan elemen yang nakal buat pasangan yang bercinta.

“Karena single ini dirilis di bulan Valentine, kali ini kita ingin memberikan lagu cinta yang sedikit nakal dengan memberi tema ‘naughty valentine’, -Soundwave-”

Menerusi video muzik yang dilakukan secara DIY, mereka menghabiskan masa dalam 4 jam sahaja dan dapat menghasilkan sebuah refleksi kesan seksi dalam lagu ini. Dalam video muzik ini juga, kita dapat melihat Soundwave dan Teza yang menyanyikan lirik lagu sambil berdansa mengikut beat dari lagu yang dipenuhi dengan tona warna merah, hitam, dan putih.

“Karena mood lagunya seksi, kita sengaja membuat mood dari videonya dengan mood yang seksi, kami mengusung kesan dark ditambah dengan siluet di beberapa scene agar menguatkan sisi seksi dari lagu ini, -Soundwave-”

Menerusi single ini juga, Soundwave berharap agar peminat dapat merasakan indahnya Hari Kekasih dalam mood yang berbeza. Jangan lupa mendengarkan single ini di semua platform media strim.

Ikuti Soundwave di:

Instagram

Twitter

TikTok

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅