Tulus Melancarkan “Tujuh Belas”

oleh Aniq Ammar Ekhwan
343 views

Selepas pelancaran single Ingkar pada tahun lepas, Tulus telah melancarkan single terbaru iaitu Tujuh Belas pada 23 Februari 2022 di semua platform strim media.

Tujuh Belas merupakan sebuah single dimana Tulus mengajak kita semua untuk merayakan jiwa muda walaupun kita sudah jauh berjalan dalam usia. Istimewanya lagi, Tujuh Belas merupakan lagu pembuka dari rangkaian lagu lain di dalam album baru Tulus yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut Tulus:

“Spirit yang dapat terus ada di dalam kita, seberapa pun jauh perjalanan usia, Muda jiwa selamanya muda. Kisah kita abadi selamanya”

Menerusi proses produksi, lagu ini telah ditulis oleh Tulus dan Petra Sihombing serta susunan lagu dilakukan oleh Ari Renaldi. Bukan itu sahaja, single ini digetarkan lagi dengan orkestra Erwin Gutawa yang dirakamkan di Budapest Scoring Symphonic Orchestra, Hungary.

Jangan lupa dengarkan single terbaru Tulus bertajuk Tujuh Belas dan ikuti perkembangan Tulus di:

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati