Kolaborasi Simple Plan bersama Deryck Whibley dalam “Ruin My Life”

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.9K bacaan

Kugiran Pop Punk, Simple Plan telah berkolaborasi dengac Deryck Whibley (Sum 41) untuk single terbaru iaitu Ruin My Life yang diluncur pada 18 Februari 2022 di semua platform media strim.

Kental dengan nuansa old school dengan sentuhan moden, “Ruin My Life” dibentuk dari DNA Simple Plan iaitu riff yang catchy, korus yang merdu, lirik yang berkait rapat dengan kehidupan kita, dan perasaan istimewa yang membuatkan semua pendengar muzik Simple Plan merasa terhubung. Dari segi penulisan lagu, Simple Plan turut mengajak Dercyk yang juga menjadi sebahagian dari kelompok pemuzik yang membentuk komuniti pop-punk awal 2000an yang hingga kini menjadi salah satu gerakan paling berpengaruh selama 20 tahun terakhir ini.

“‘Ruin My Life’ is a song about overcoming adversity, going through a difficult life situation, and not only surviving it, but becoming an even stronger and more resilient version of yourself because of it,” the band shares. “It’s fun, catchy, energetic and empowering and we’re so excited to share it with our fans. Having Deryck from Sum 41 sing on it with us makes it even more special!”

Menurut mereka lagi, 2022 merupakan tahun yang istimewa buat Simple Plan kerana mereka bakal meraikan ulang tahun ke 20 album perdana mereka iaitu ‘No Pads, No Helmets…Just Balls’ yang baru-baru ini kembali menjadi perhatian dunia dalam cabaran “I’m Just A Kid” yang viral secara global. Cabaran tersebut juga diikuti oleh jutaan pengguna TikTok termasuk Will Smith, Ed Sheeran, Usher dan artis lain.

Jangan lupa mendengarkan single terbaru Simple Plan menampilkan Deryck Whibley iaitu Ruin My Life dan ikuti perkembangan mereka di:

Facebook

Instagram

Twitter

TikTok

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅