May of Scarlet Luncur Single Terakhir Sebelum Pelancaran Album – ‘Defensif Berat Yang Aku Tanggung’

oleh Anome
217 views

Perjalanan May of Scarlet dalam mengeluarkan debut album mereka akhirnya telah tiba ke kemuncak apabila mereka akhirnya melancarkan sebuah video muzik (MV) single terakhir album tersebut, Defensif Berat Yang Aku Tanggung. Defensif  Berat Yang Aku Tanggung telah diluncur pada tanggal 18 Februari 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 32 saat di saluran Youtube rasmi mereka, May Of Scarlet.

Defensif  Berat Yang Aku Tanggung berkisar tentang individu yang sering dipersalahkan atas setiap perkara buruk yang berlaku. Setiap kesalahan yang dilontarkan kepada diri semakin lama jadi semakin berat dan adakalanya memakan diri.

Berbanding dengan karya-karya May of Scarlet sebelumnya, boleh dilihat bahawa penulisan lirik mereka kini menunjukkan kematangan. Sesuai dengan vokal dan susunan muzik mereka yang sudah pun berada di tahap yang tinggi, serta dinamik naik dan turun yang dijaga khas buat para pendengar.

May of Scarlet mengumumkan persembahan pelancaran debut album mereka, Menangislah pada 20 Mac 2022 ini di Angkasa Event Space, Cheras. Turut diumumkan barisan yang bakal hadir bersama mereka pada pelancaran album Menangislah adalah Zerophobia, Omnivious, Trails, Thy Regiment, Rudeen, dan Patriots.

Dengarkan Defensif Berat Yang Aku Tanggung di laman Youtube rasmi May of Scarlet. Ikuti juga laman sosial rasmi May of Scarlet di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk kemaskini terbaru pelancaran album mereka yang bakal diluncur tidak lama lagi.

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati