Setelah lebih kurang setahun menyepikan diri, kugiran Progressive Metal Ocularities kembali dengan pelancaran video playthrough rasmi single terbaru mereka, A Bard’s Lament. A Bard’s Lament yang turut menampilkan Derek Sherenian di bahagian keyboards telah dilancarkan pada 20 Februari 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 51 saat di saluran Youtube rasmi mereka, Ocularities.
Ocularities merupakan sebuah band projek yang ditubuhkan sejak tahun 2018 oleh enam individu yang berasal dari kugiran yang berbeza. Ocularities dianggotai oleh Ary Hussin (vokal), Faris Ijard (gitar), Shazwan Mohd (gitar), Christopher Yusuf Grown (bass), Jatt Log (dram) dan Feisal Kassim (synth dan piano).
A Bard’s Lament menceritakan tentang perasaan individu yang merasakan kesengsaraan akibat kehilangan segala yang dimilikinya. Bagaimana individu tersebut mula menjauh daripada tuhan hingga menyebabkan dirinya berasa penat dengan kehidupan akibat perasaan gelap yang mulai menyelubungi dirinya. Individu tersebut kemudian mulai menghulurkan tangannya kembali kepada tuhan dan meminta tolong mengharapkan kebebasan daripada rasa perit dan jerih yang wujud di dalam dirinya.
Tonton video playthrough rasmi A Bard’s Lament di saluran Youtube rasmi Ocularities dan ikuti laman sosial rasmi mereka untuk informasi terkini tentang perkembangan muzik mereka.