Hantu Rumah Agam Paramour Yang Melahirkan Album-Album Hebat

oleh Anome
1.8K bacaan

 

Pada tanggal 23 Februari 1933, dunia dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Daisy Canfield Danziger. Beliau merupakan pewaris kepada Syarikat Minyak Petrol Mexico dan juga bekas isteri kepada bintang filem senyap, Antonio Moreno.

Dikatakan kemalangan berlaku ketika Daisy  dalam perjalanan pulang dari sebuah pesta.  Laporan menyatakkan kenderaan yang dinaiki bersama rakannya bergerak di luar kawalan dan terjatuh ke dalam gaung Mulholland Drive, Los Angeles. Bagaimanapun, rakannya terselamat dalam kemalangan tersebut.

Mesti anda tertanya-tanya apa kaitan tragedi kemalangan Daisy dengan muzik, betul?  Dikhabarkan bahawa Daisy telah menghantui kediamannya, Rumah Agam Paramour setelah kematiannya.

Rumah Agam Paramour merupakan sebuah tempat yang ikonik dalam sejarah muzik kerana ia adalah sebuah tapak yang menjadi tempat sesi rakaman pelbagai album. Antara album popular yang telah dirakamkan di sini adalah My Chemical Romance – The Black Parade dan Papa Roach – The Paramour Session. Malah ia turut digunakan sebagai set penggambaran filem Scream 3 pada tahun 2000.

Setelah kematian Daisy, hartanah tersebut telah melalui beberapa perubahan, antaranya adalah berfungsi sebagai biara dan juga sekolah perempuan sebelum dibeli oleh Dana Hollister dan dijadikan sebagai dewan acara. Dana Hollister berbesar hati menerima cadangan Papa Roach untuk melakukan sesi rakaman di rumah agam terpencil di Salt Lakes itu pada tahun 2006.

Dana Hollister turut memberikan amaran kepada Papa Roach akan reputasi misteri puaka rumah agam tersebut namun mereka tetap meneruskan sesi rakaman mereka. Malah, Papa Roach memberikan penghargaan kepada rumah agam tersebut di dalam album live mereka kerana nuansa seramnya telah menaikkan tenaga kreatif mereka sepanjang sesi rakaman.

Pada tahun yang sama, kugiran rock My Chemical Romance turut hadir ke Rumah Agam Paramour untuk merekodkan album hit mereka, The Black Parade. The Black parade merupakan sebuah album yang menghimpunkan nuansa gelap berkisarkan hidup dan mati.

My Chemical Romance menyatakan dalam sebuah wawancara bahawa rumah agam tersebut memainkan peranan penting dalam menyumbangkan atmosfera seram bagi sesi rakaman album mereka. Malah, boleh dikatakan rumah agam tersebut hampir membuatkan mereka menjadi gila.

Menurut vokalis My Chemical Romance, Gerard Way merasakan bahawa  diri mereka dikejar dan diperhatikan sesuatu. Seperti mereka tidak dapat melarikan diri daripadanya.

“It felt like something was coming after us. Every time we turned a corner, it was staring at us,” recalled vocalist Gerard Way. “We couldn’t escape it.”

Pemain bass mereka, Mikey Way yang secara tidak sengaja menginap di dalam bilik paling berhantu rumah agam tersebut menambah, mereka terpaksa keluar dari rumah agam tersebut di penghujung sesi rakaman mereka disebabkan oleh atmosfera yang merinding dirasakan oleh mereka. Mikey menyifatkan rumah agam Paramour sebagai sebuah awan kilat yang hadir dalam bentuk sebuah rumah.

“We had to get out of that house by the end of it. That place was just a storm cloud in the shape of a house.”

Mungkin kisah seram rumah tersebut hanyalah sekadar rekaan semata-mata sebagai strategi pemasaran album, atau mungkin juga betul-betul kisah benar. Tidak kiralah benar ataupun tidak, harus diakui bahawa Daisy Canfield Danziger dan Rumah Agam Paramour telah menjadi sebuah ikon yang penting di dalam sejarah muzik di atas sumbangannya dalam melahirkan album-album hebat sepanjang zaman.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅