Synthpop, Waltz, Punk Rock, New Wave Antara Corak Parklife

oleh Azam Gilmour
980 bacaan

Album ketiga Blur, Parklife dilancarkan semalam, 25 April 1994. Selepas mereka kecewa dengan jualan album sebelumnya Modern Life is Rubbish, Parklife membawa Blur kembali ke terkenal di UK dengan bantuan 4 singles.

Parklife turut mencapai kepentingan budaya dengan jualan di luar jangkaan, dalam masa yang sama mencorak statusnya sebagai mercu tanda dalam muzik rock British. Parklife terjual lebih lima juta unit di seluruh dunia. Pada tahun 2015, majalah Spin menyenaraikan Parklife dalam The 300 Best Albums of 1985-2014.

Pada tahun 1990, setahun sebelum album sulung Blur keluar, Damon Albarn (vokalis) telah mengatakan kepada sekumpulan wartawan muzik,

“Apabila album ketiga kami keluar, tempat kami sebagai band Inggeris klasik 90-an akan terjamin. Kenyataan ringkas. Aku berhasrat untuk menulisnya pada tahun 1994.”

Damon Albarn juga menyebut novel London Fields tulisan Martin Amis adalah pengaruh terbesar dalam penulisan album ini. Lagu-lagunya juga tidak terikat kepada satu genre saja, sebagai contoh pengaruh synthpop dalam lagu Girls & Boys, sedikit instrumental waltz dalam pembukaan The Debt Collector, pengaruh punk rock dalam Bank Holiday, sedikit gaya Syd Barrett dalam Far Out, dan pengaruh new wave dalam Trouble In the Message Centre.

Pada asalnya tajuk album ini dinamakan London dan kulit hadapannya adalah rimbunan buah-buahan dan sayur-sayuran. Itu adalah idea terakhir oleh Dave Balfe, pengurus mereka. Mereka menukar tajuk album kepada Parklife dengan kulit hadapan yang dirujuk sebagai permainan perlumbaan greyhound Inggeris.

Jika kalian membeli album ini, kalian pasti lihat booklet­ penuh dengan gambar perlumbaan greyhound, yang diambil di stadium Walthamstow. Kulit album ini adalah diantara sepuluh gambar yang dipilih oleh Royal Mail sebagai set stem Classic Album Cover yang dikeluarkan pada tahun 2010.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #Blur #Parklife #britpop

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅