In the End: Album Terakhir The Cranberries Kepada Peminat

oleh Azam Gilmour
1.4K bacaan

Noel Hogan (gitaris) dan Dolores O’Riordan (vokalis) mula mencipta lagu ketika mereka sedang jelajah pada Mei 2017. Lagu pertama ciptaan Hogan adalah A Place I Know, ketika mereka di Poland. The Cranberries membatalkan jelajah di Utara Amerika selepas Dolores mengalami sakit tulang belakang. Bulan berikutnya, Hogan menghantar demo kepada Dolores yang berada di Perancis untuk siapkan lirik.

Sejak itu, mereka sudah ada 11 lagu, dengan email terakhir yang Dolores hantar kepada Hogan merupakan beberapa jam sebelum Dolores mati. Anggota Cranberries yang lain mula menyiapkan kembali lagu-lagu tadi dengan menambah vokal Dolores selepas mendapat sokongan dari keluarga Dolores. Mereka memanggil produser Stephen Street untuk menyiapkan lagu yang ada pada bulan April dan May tahun berikutnya.

Suara Dolores dari demo yang mereka siapkan sebelum itu tidak disentuh langsung dengan auto-tune, sebaliknya menggunakan khidmat Johanna Cranitch, penyanyi latar mereka untuk menutup kecacatan yang ada. Cranitch sudah menjelajah bersama mereka sejak 2012 lagi. Rakaman selesai pada Oktober 2018. Hogan memberitahu bahawa mereka akan pencen selepas album ini keluar. Kebanyakan lagu yang dirakam ini adalah kali pertama dan terakhir mereka “bersama” dalam studio. Mereka juga tidak bercadang untuk memainkan lagu dari album ini secara langsung atau menjelajah selepas album ini keluar.

Kulit album diambil oleh fotografer asal mereka Andy Earl dan direka bentuk oleh Cally Calloman. Ulangtahun pertama pemergian Dolores, All Over Now dilancarkan, diikuti The Pressure pada 1 Mac berikutnya, dan klip video All Over Now pada 7 Mac. Wake Me When It’s Over pula dilancarkan pada 19 Mac dan In the End pada 16 April.

In the End merupakan album kelapan dan album studio terakhir mereka yang dilancarkan hari ini pada tahun 2019. Siapa yang masih mengikuti perkembangan mereka pasti sudah mendengar semua lagu-lagu dalam In the End. Sehingga hari ini, jika Penulis mendengarnya, Penulis memang ada rasa “sesuatu” sebab Dolores sudah tiada. Selamat Malam Dolores O’Riordan.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TheCranberries #TheEnd

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅