Syukur Cara Beruang Gila

Crazy Grizzly Luncur Single Terra Luna

oleh Aniq Ammar Ekhwan
617 bacaan

Setelah tiga tahun bertapa, Crazy Grizzy kembali ke landasan yang sebenar di mana mereka telah melancarkan single terbaru “Terra Luna” berserta video muzik di YouTube pada 3 November 2023.

Unit New Wave Metalcore dari selatan tanah air ini telah menunjukkan taring mereka ketika mereka melancarkan album Tergiversate pada tahun 2021 di mana mereka mengubah arah dari Post Hardcore ke New Wave Metalcore dan terus mengorak langkah di sirkit gig seluruh Malaysia. Ternyata mereka tidak berhenti berusaha dalam memastikan muzik mereka sampai ke halwa telinga pendengar.

Terra Luna merupakan satu naiktaraf bagi penulisan lagu Crazy Grizzly merencahkan bunyi New Wave Metalcore dengan permainan instrumen kasar namun terdapat kelembutan dan lebih bermelodik. Ini merupakan kali pertama vokalis mereka, Zarif Muazzam (Mat Yeh) lebih fokus kepada vokal yang bersih dan tidak banyak melontarkan jeritan amarah serta berbeza 360 darjah dari album sebelum ini.

“Sebab Terra Luna dijadikan single pertama ialah kerana single ini menceritakan tentang kewujudan bulan dan selari dengan konsep album terbaru tentang alam galaksi dan kami sangat teruja untuk pembikinan album kali ini” – Yen-

Terra Luna menceritakan tentang ciptaan Yang Esa iaitu bulan dan mengajar kita sebagai manusia untuk menjadi insan yang bersyukur juga membawa kita kedalam perjalanan yang ada pada album yang akan datang iaitu “Transcend” ini di mana kita diminta agar menjadi lebih spontan, mendorong rasa untuk berani untuk menjelajah, dan juga mempertimbangkan sifat perubahan dari identiti seseorang atau diri sendiri.

Dirakamkan di Spundok @ Lotus HQ secara track by track, mereka juga menggunakan khidmat Ricky Aprianto dari Rostel Records, Indonesia dalam proses adunan dan mastering. Walaupun mengambil masa yang lama atas dasar komitmen dan dalam proses menyiapkan album keempat, mereka berpuas hati dengan produk akhir dari beliau.

“Ricky dari Rostel Records antara Sound Engineer yang terbaik di Indonesia, pengalaman dia buat mixing dan mastering dengan band terkemuka di Indonesia seperti For Revenge, KILMS, Undelayed, Sunrise dan lain-lain menyebabkan kami yakin untuk meneruskan mixing dan mastering bersama dia” -Marzuki-

Dengan taruhan muzik yang lebih berkualiti kali ini, Crazy Grizzly mengharapkan agar dapat mengetengahkan bunyian baru Metalcore di Malaysia supaya industri lebih terbuka, meriah dan bervariasi setaraf muzik antarabangsa agar terhapus sempadan muzik. Hasrat Crazy Grizzly kepada peminat adalah supaya seni dan muzik mereka terus dapat dihargai, difahami, dihayati seterusnya dikongsi seluas yang boleh.

“Selepas ini kitorang akan lancarkan album baru yg bertajuk Transcend , in Shaa Allah akan di keluarkan awal tahun 2024 dan in Shaa Allah akan meneruskan utk buat tour satu Malaysia, jangan lupa dengarkan single ni tau” -Mat Yeh-

Segala urusan kalian boleh menghubungi kami di talian +60 11-2734 7995 (Yen) atau boleh ke media sosial mereka di

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅