Artikel oleh: Ahmad Nizamuddin Abdullah (Nizang)
NO USE FOR A NAME – sebuah band melodic punk USA yang tak asing lagi bagi peminat muzik punk rock. Pernah beraksi di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2009, band ini tidak lagi aktif setelah vokalis / gitaris / frontman mereka Tony Sly meninggal dunia pada 31 Julai 2012. Sesungguhnya Tony merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang bagus – mendiang juga ada merakam beberapa album solo.
Fat Mike dari Fat Wreck Chords ada membikin album kompilasi ‘The Songs of Tony Sly: A tribute’ yang menampilkan pelbagai band dan artis termasuk NOFX, Yellow Card, Simple Plan dan lain-lain.
Namun apa yang aku nak kongsikan ini lebih menarik, ini adalah kompilasi band-band Malaysia mengcover lagu-lagu No Use For A Name dengan gaya tersendiri.
Sebanyak 15 band turut serta dalam kompilasi ini. Selain band-band punk rock ada juga sebuah band hardcore turut serta (Thy Regiment) dan sebuah band hiphop juga (Yarobin). Band-band lain yang terlibat ialah TIM, Pasca Sini, Soul Savior, Daisy Dream, Toxictoy, Guwf, Pokpang, InDeanial, I See Dumb People, Ix Chel, Multiverse G.D, Pablo!, Johny 23.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam projek ni.
Buat masa ini, kompilasi yang dah makan banyak tahun untuk disiapkan ini boleh didengari di platform online. Check it out!
Nizang ialah editor Mosh Zine, pemilik label Nervhous Records dan beliau juga merupakan bekas basis kumpulan Punk tempatan, Dum Dum Tak.