The Warning: Band Hard Rock Adik-Beradik Dari Mexico

oleh Azam Gilmour
3.9K bacaan

Awal tahun lalu, penulis meneroka sebuah band yang menggelar diri mereka The Warning. Hanya ikuti mereka di Instagram, kemudian mula mencari lagu-lagu mereka. Lagu pertama yang penulis dengar adalah Choke. Penulis agak terkejut selepas mengetahui rupanya mereka adalah three piece band, dan semuanya adik-beradik! Dari situ, penulis mula menyelongkar lebih dalam.

The Warning terdiri daripada Daniela (gitar, vokal) 20, Paulina (dram, vokal) 18 dan Alejanda (bass, vokal) 15, menekankan elemen hard rock dan alternative rock dalam muzik mereka. Ditubuhkan pada 2014, bayangkan umur mereka ketika itu sudah mula mencipta lagu!

Mereka mula sedar mereka seronok bermain bersama ketika menyadur lagu Enter Sandman dan memuatnaik ke YouTube. Video itu kemudian viral sehingga mendapat lebih 20 juta tontonan setakat ini, ketika hanya berusia 14, 12 dan 9 tahun! Video itu juga mendapat perhatian Kirk Hammett dan majalah Rolling Stone.

Populariti yang diraih mereka menarik minat Ellen DeGeneres, yang membawa mereka menjadi band Mexico pertama untuk membuat persembahan di The Ellen Show. The Warning juga menerima pembiayaan dari The Ellen Show dan Target untuk menyertai program selama lima minggu di Berklee College of Music.

Pada tahun 2015, mereka berjaya mengumpul dana melalui aplikasi GoFundMe untuk mengeluarkan EP Escape the Mind yang mempunyai enam lagu. Ketika dalam produksi rakaman EP ini, mereka menghantarnya kepada Jake Carmona untuk disunting, dan Jake mula membantu mereka menulis lagu dan membuat rakaman hingga dua album selepas itu.

Sehingga hari ini, The Warning sudah mendapat lebih 120 juta tontonan di akaun rasmi YouTube mereka, selain peningkatan pencarian di Facebook dan Instagram.

XXI Century Blood merupakan album pertama yang dihasilkan dengan titik peluh mereka sendiri pada tahun 2017, tahun yang sama mereka menjadi band pembuka untuk Def Leppard di Mexico City dan Guadalajara.

Selain Def Leppard, The Warning juga berkongsi pentas bersama Alice Cooper, Aerosmith, Vince Neil dan Tesla. Mereka juga menjadi band Mexico pertama yang muncul di Mother of All Rock Festival.

Mereka memeranjatkan peminat muzik metal di Hell & Heaven Fest di Mexico City, selepas dipilih menjadi band pembuka untuk The Killers di kampung halaman mereka, Monterrey.

Album kedua mereka, Queen of the Murder Scene dilancarkan pada 25 November 2018 merupakan sebuah album konsep yang menceritakan tentang seorang wanita yang mengalami psikosis kerana cinta yang tidak berbalas. Album ini berjaya mendapat carian tertinggi di iTunes dan menduduki carta Amazon untuk beberapa minggu selepas dilancarkan, walaupun hanya sebuah band independen.

Pada Ogos 2020, mereka telah menandatangani kontrak bersama label Amerika, Lava Records, di bawah naungan Republic Records.

Terkini, mereka baru saja lancarkan single pertama dari album ketiga mereka, Martirio.

Setakat ini, mereka sudah mempunyai dua buah album studio iaitu XXI Century Blood (2017) dan Queen of the Murder Scene (2018), 1 EP Escape the Mind (2015) dan sebuah EP yang baru dilancarkan minggu lepas, Mayday.

Boleh ikuti mereka di:

Instagram

YouTube

Spotify

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #TheWarning #TheWarningBand #MexicanRockBand

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅