Tiada Lagi “Bluergh!” Dari Architects Melalui ‘Animals’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.1K bacaan

 

Dalam hype di mana BRING ME THE HORIZON baru sahaja melancarkan single Teardrops, mungkin kita terlepas pandang dengan sebuah band metalcore dari Brighton, ARCHITECTS yang juga telah melancarkan single terbaharu mereka iaitu Animals pada 20 Oktober yang lepas.

Agak mengejutkan kerana buah tangan terbaharu mereka ini berubah arah pula. Tiada lagi alunan ‘Bluergh!’ dari Sam Carter dan menjadi persoalan juga samada apakah album mereka yang akan datang iaitu For Those That Wish to Exist yang dijangka akan keluar pada 26 Februari 2021 ini akan berubah arah 360 darjah?

Penulis mendapati bahawa terdapat DNA In Flames dan Bring Me the Horizon telah disuntik dalam single ini namun lebih kepada Bring Me the Horizon sebenarnya. Elemen baharu ini sangat berbeza berbanding album sebelum ini, Holy Hell (2018).

Struktur lagu yang lebih lembut namun cap mohor riffing guitar dan bass masih berbisa dan berlemak. Juga lagu ini telah ditambah perisa dengan bunyi synth yang sudah menjadi trend pada tahun 2018 – 2020. Sedikit kekecewaan kepada penulis kerana kita semua tahu Architects sangat relevan dengan bunyian yang padat dan gebu ditambah pula dengan irama amarah Sam Carter yang sering menjadi tunjang utama dalam setiap lagu mereka namun tiba-tiba mereka ke arah yang lebih lembut dan melodik.

Keseluruhannya, single Animals merupakan pembuka bicara yang baik dari Architects setelah dua tahun mendiamkan diri. Walaupun agak lembut tetapi masih boleh diterima peminat mereka. Persoalannya, apakah Architects telah mendapatkan sumber inspirasi dari BMTH yang sering berevolusi dalam setiap album mereka? Kita tunggu sahaja album mereka tahun hadapan.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅