Vitas – Si Pelik Dari Rusia

oleh Music Addicts Malaysia
2.7K bacaan

Lebih alien berbanding Lady Gaga.

Habis satu dunia me‘meme’kan dia ni. Baik dari segi nyanyian, gaya mahupun pakaian. Tapi yang paling rare adalah suaranya mempunyai nada tinggi yang sangat jarang dimiliki oleh kaum lelaki.

Lahir pada tahun 1979 di Latvia, Kesatuan Soviet dan membesar di Ukraine, Vitas atau nama sebenarnya Vitaly Vladasovich Grachev merupakan seorang penyanyi di dalam kelasnya tersendiri. Seingat penulis, videonya viral sekitar tahun 2000 dengan lagu Opera #2. Video versi live itu mendapat tontonan tinggi di Amerika Syarikat pada waktu itu dek kerana keunikan suaranya yang tinggi dan nyaring bagaikan langsuir tersepit jari di pintu. Lagu tersebut menjadi Best-Selling Song di Russia selama tiga tahun berturut-turut pada tahun 2001, 2002 dan 2003. Vitas juga menjadi artis termuda yang membuat persembahan secara solo di Kremlin. Tak lama selepas tu Vitas ni jadi viral sekali lagi dengan lagu barunya 7th Element pula. Alah lagu “chum drum bedrum” yang lidah dia tergulung-gulung tu lah.

Kisahnya seorang warganet ni tengah google mencari filem 5th Element, tetapi terjumpa pula video lagu baru Vitas tu. Biasalah internet, dari awal kau tengah layan video tutorial solo Highway Star dalam tak sedar gitar dah tersandar kat dinding kau layan paranormal ‘sesosok kuntilanak menumpang gojek.’

Lagu 7th Element tersebut menampilkan Vitas dengan gayanya yang eksentrik namun sesuatu yang diterima secara memberansangkan oleh peminat-peminat di sana. Anda tengok Lady Gaga pelik? Vitas ni lagi lama pelik dari dia. Penulis rasa Lady Gaga pun jadikan dia ni role model agaknya. Dengan gaya pakaian seakan-akan alien berkolaborasi pula dengan hidupan laut seperti obor-obor lah, kuda laut lah dan macam-macam lagi. Penulis pun tak boleh nak brain. Tapi tak semua orang menerima si Vitas ni, malah sehingga kini dia masih lagi menjadi bahan meme di seluruh dunia. Ada yang cakap Vitas pakai alat penyepit ‘telur’ ketika menyanyi, baru boleh dapat tone high pitch-nya tu. Orang sana kalau ‘membahan’ memang level 9999.

Di sebalik itu Vitas juga dikira sebagai seorang perancang bisnes yang hebat apabila selain Russia, beliau turut memilih Asia sebagai lokasi perniagaan lagu-lagunya terutama China dan Taiwan di mana beliau mempunyai ratusan juta peminat di sana serta membuat persembahan live di hadapan lebih seratus ribu penonton dan ditonton oleh ratusan juta warga China di televisyen secara live. Di samping itu, Vitas turut meraih pelbagai anugerah dari Russia hinggalah ke China sepanjang kariernya.

Bagi kehidupan perbadinya, Vitas lebih banyak mendiamkan diri dan menjaga privasi keluarga. Vitas berkahwin dengan isterinya Svetlana pada tahun 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Namun begitu, kalau dah nama artis mega ni, kau berimej baik macamana sekalipun mesti ada kontroversi juga. Pada tahun 2013 Vitas ditangkap setelah memandu dalam kedaan mabuk dan terlanggar seorang penunggang basikal wanita. Walaupun wanita tersebut tidak mengalami kecederaan namun tindakan wanita tersebut merakam Vitas ditangkap polis dalam keadaan mabuk dan menularkannya sedikit sebanyak menjejaskan imej baiknya itu. Tak cukup dengan itu, Vitas sekali lagi ditangkap polis apabila dia melepaskan tembakan ke udara menggunakan pistol dalam keadaan mabuk di kediamannya di Rublyovka, Moscow. Rublyovka merupakan kediaman mewah bagi golongan elit Russia. Jadi kalau kau dah duduk kat tempat macam tu dah tentulah jiran-jiran bawang kau telefon polis kalau dengar bunyi tembakan. Tak pasal kena penjara 7 hari sebab cetuskan kebimbangan. Boleh tahan bad boy jugak dia ni, nampak je lembik macam obor-obor, tapi sekali sengat…

Vitas ditangkap polis.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅