Apakah Elemen Yang Mendefinisikan Britpop?

oleh Aqil Syakir
1.8K bacaan

 

Sebut sahaja pasal Britpop, pasti dalam kepala otak kita akan teringat beberapa kumpulan Britpop yang terkenal seperti Oasis, Blur, Pulp, Suede, dan The Verve. Mereka yang membawa genre ini akan menonjolkan seni muzik mereka masing-masing tetapi berlandaskan imej British.

Namun, masih ramai lagi tidak tahu apa itu Britpop kerana kita ramai tidak tahu apakah elemen atau perkara yang mendefinisikannya. Tidak mengapa, mungkin elemen dan sejarah yang akan kami huraikian ini dapat membantu anda untuk mengenali genre Britpop secara terperinci.

Mementingkan Budaya Dan Loghat British Dalam Penyampaian Lagu

Britpop merupakan sebuah genre yang mementingkan elemen Pop Rock dan Alternative Rock dalam menghasilkan lagu. Bunyi muzik untuk genre ini agak catchy dan terinspirasi dari zaman British Rock pada era 60-an dan 70-an seperti The Beatles dan The Kinks.

Selalunya bunyi gitar Britpop lebih jelas, over-driven dan mengambil sedikit elemen bunyi gitar British Rock pada era 60-an dan 70-an. Dari segi drum, kebanyakan kumpulan Britpop menggunakan tempo 4/4 dan menghasilkan hentaman yang bermelodi.

Vokalis tidak boleh kita lupakan kerana vokal sangat memainkan peranan dalam definisi Britpop. Majoriti vokalis akan menyanyi dengan menggunakan loghat British yang pekat. Contohnya, kita boleh lihat bagaimana Liam Gallagher dan Damon Albarn menyanyi.

Kalau kita lihat dari segi lirik pula, penulisan lirik amat mementingkan budaya orang British, gaya hidup working-class, seks, dadah dan politik.

Penyampaian lagu sangat jujur dan straight-foward serta tidak perlu pening kepala nak huraikan maksud lagu.

Contohnya, lagu Oasis – Ciggarettes and Alcohol dan Blur – Chemical World menceritakan tentang kehidupan seorang working-class.

Britpop juga merupakan sebuah gerakan British Rock yang menjadi saingan kepada genre Grunge apabila mula mendapat populariti di seluruh dunia.

Namun, genre Britpop ini sebenarnya dibenci oleh kumpulan British Rock. Hal ini tercetus apabila pihak media sendiri yang menciptakan konsep ‘Britpop’. Kebencian ini pernah diluahkan oleh bekas vokalis Oasis, Liam Gallagher.

Menurut Liam, dia sangat membenci dengan perkataan ‘Britpop’ kerana Oasis bukanlah kumpulan yang membawa genre Pop tetapi lebih kepada Rock ‘n’ Roll Klasik.

“Oasis dan The Verve – kami berfikiran jauh dari Britpop, kami Rock ‘n’ Roll Klasik.” – Liam Gallagher, katanya di NME.

Definitely Maybe Dan Parklife Sebagai Senjata Dalam Perang Britpop

Pada tahun 1994, istilah Britpop digunakan secara meluas, dengan mendapat populariti yang cukup hebat di kaca televisyen dan radio.

Blur melancarkan album ketiga mereka Parklife, yang menjadikan mereka band paling popular di Britain untuk sementara. Selain itu, Oasis melancarkan album sulung Definitely Maybe yang telah terjual sebanyak 8 juta salinan di seluruh dunia.

Pada tahun 1995, satu lagi detik bermakna dalam era Britpop adalah pertempuran antara Oasis dan Blur. Oasis mengeluarkan single mereka Roll with It, iaitu salah satu lagu daripada album mereka (What’s the story) Morning Glory? manakala Blur pula mengeluarkan single Country House, iaitu salah satu lagu dari album The Great Escape.

Media juga memainkan peranan penting pada masa itu kerana mereka telah menyimbah minyak tanah ke api yang sedang membara (petempuran Oasis dan Blur) dan ia telah mendapat populariti di seluruh dunia.

Kalau kita lihat antara Oasis dan Blur, masing-masing menunjukkan taringnya dalam penghasilan album dan ia telah mencetuskan pertempuran antara mereka.

Walaupun pertempuran ini tidak disengajakan, kerana pihak pengurusan banyak terlibat dalam menjadikannya sangat popular, ia sebenarnya memberi lebih banyak manfaat kepada Oasis berbanding Blur.

Blur pernah memenangi pertempuran single, dengan 274,000 salinan untuk lagu Country House dan 216,000 salinan untuk lagu Roll With It. Sebenarnya ramai yang tidak perasan bahawa Blur lebih terkenal dan jauh lebih hebat dalam penjualan album.

Namun, liputan dan perhatian media lebih banyak kepada Oasis. Mereka sangat hebat dalam menonjolkan imej mereka sehingga ramai orang cuba meniru gaya Liam Gallagher menyanyi.

Walaupun secara asalnya Blur memenangi petempuran ini, tetapi Oasis berjaya melangkah dengan lebih popular berbanding mereka.

Scene Britpop yang Menggila Babi Pada Lewat 90-an

 

Pada 1994, kita boleh lihat sendiri bagaimana album Parklife dan Definitely Maybe yang telah menempa nama mereka di persada dunia. Oasis meraih hasil jualan album sebanyak 8 juta manakala Blur meraih 5 juta sahaja.

Tak cukup lagi dengan itu kerana tahun 1995 menjadi zaman keemasan kerana masing-masing sudah berani menunjukkan taring.

Pada masa itu, Pulp juga telah meraih populariti dengan album Different Class dan Supergrass turut mendapat perhatian peminat dengan lagu evergreen mereka, Alright, iaitu salah satu lagu dari album I Should Coco.

Oasis lagi menggila kerana pada masa itu juga mereka melancarkan album (What’s The Story) Morning Glory?. Pada awal minggu penjualan, sebanyak 347,000 naskah album telah terjual dan seterusnya berjaya menjadi album terlaris dengan 22 juta naskah terjual di seantero dunia.

Kalau nak cerita scene Britpop ketika 1997, banyak benda yang naik dan turun. Oasis pada masa itu telah melancarkan Be Here Now tapi hampeh kerana ramai yang mengatakan album itu overproduced. Dengar saja lagu All Around The World, sampai ada dua versi satu yang official satu lagi reprise.

The Verve pun masuk line apabila mereka melancarkan album Urban Hymns. Mereka juga menjadikan lagu Bitter Sweet Symphony sebagai one-hit-wonder sampaikan The Rolling Stones nak saman mereka kerana lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu The Last Time.

Akhir sekali, kalau nak cerita pasal pengakhiran Britpop ni sebenarnya paradoks. Antara sebabnya ialah ada yang mengatakan era Britpop berakhir pada 1997 dan ada yang berpendapat era Britpop selepas 1997 masih ada lagi kerana mereka masih meneruskan perjuangan dalam seni muzik.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅