Iman's League Luaskan Langkah dengan Jelajah 'Satu Suara' - Music Addicts Malaysia

Iman’s League Luaskan Langkah dengan Jelajah ‘Satu Suara’

oleh Chiv Iscandar
0 komen 48 bacaan

Kumpulan punk rock Singapura, Iman’s League kini meluaskan langkah dalam arena tempatan dengan siri jelajah serantau.

Berbekalkan single terbaru ‘Satu Suara’ yang menampilkan Noh Hujan dan Aska Rockers di bawah Luncai Emas, Iman’s League akan membawa momentum pop-punk menerusi jelajah ‘Satu Suara Malaysia/Indonesia’ tour.

Mereka bakal beraksi di Live Fact, Damansara KL pada 10/6/2026 (Rabu) bersama 2 lagi kumpulan pop-punk lokal, Pascasini dan Box Million Story sebelum terbang ke Indonesia bagi jelajah sekitar Jakarta, Depok dan Bekasi 11-15/6/2026. Tiket berharga Rm30 (online) dan Rm40 (pintu) kini boleh dibeli.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mereka juga baru sahaja selesai menghabiskan tour di Taiwan dengan sambutan menggalakkan. Bagi projek akan datang, Iman’s League juga dijangka akan meneruskan siri jelajah di sirkit dan negeri-negeri lain serata Malaysia.

Menghampiri 20 tahun penubuhan, Iman’s League adalah aksi punk rock yang masih aktif dalam arena muzik independen dengan mesej-mesej positif dan muzikal bertenaga. ‘Satu Suara‘ dijangka bakal menempatkan Iman’s League ke aras pencapaian baharu sebagai kumpulan punk rock yang berstatus dsn berkualiti.

#Chivasalexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅