10 tahun Showroom of Compassion dilancarkan

oleh Azam Gilmour
887 bacaan

Showroom of Compassion adalah album penuh ke enam band alternatif dari Sacramento, USA, Cake. Dilancarkan hari ini pada 11 Januari 2011, 10 tahun lalu. Dirakam dan dikeluarkan sendiri oleh Cake, dan album pertama mereka yang dikeluarkan secara independent. Showroom of Compassion juga seperti album-album mereka sebelum ini, yang masih menerapkan elemen alternative rock, menggabungkan beberapa elemen lain, dengan lirik yang bersahaja, riff gitar yang rancak, corak permainan bass yang kompleks, dan tiupan trumpet yang padu.

Bekas gitaris Cake sebelum ini, Greg Brown membuat satu penampilan dalam lagu Bound Away, penampilan pertama beliau sejak album Fashion Nugget, yang dikeluarkan pada tahun 1996.

Kali terakhir Cake keluarkan album studio adalah pada tahun 2004 iaitu Pressure Chief, satu jarak terpanjang jika dibandingkan dengan album mereka sebelum ini. Berjaya menduduki tangga pertama dalam Billboard 200 pada minggu pertama dilancarkan. Single pertama mereka Sick of You berjaya menduduki tangga ke-13 dalam carta Rock Songs Billboard.

Beberapa lagu lain yang berjaya menduduki pelbagai carta seperti Long Time dan Mustache Man (Wasted).

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Cake #CakeMusic #ShowroomOfCampassion #AnniversaryAlbum #AlternativeRock

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅