Siapa Zack de la Rocha Sebelum RATM?

oleh Azam Gilmour
3.2K bacaan

Zacharias Manuel de la Rocha, atau lebih dikenali sebagai Zack de la Rocha merupakan seorang pemuzik dari US. Seorang vokalis, penulis lagu, rapper dan juga aktivis bebas. Beliau dikenali sebagai vokalis dan penulis lirik band alternatif Rage Against the Machine.

Zack berjumpa dengan Tim Commerford (pemain bass RATM) di sekolah rendah dan menengah, dan masing-masing minat bermain gitar, dan menubuhkan Juvenile Expression. Minat Zack kepada band punk rock seperti The Clash, The Misfits, Sex Pistols dan Bad Religion berubah dengan lebih menghargai band seperti Minor Threat, Bad Brains dan The Teen Idles.

Pada tahun 1987, Zack menyertai band straight edge, Hard Stance. Pada tahun 2018, label Indecision Records secara rasminya lancarkan semua rilisan Hard Stance.

Pada tahun 1988, Ernst meninggalkan Hard Stance dan Zack menjadi vokalis. Dengan ketiadaan gitaris, anggota lain menghubungi Vic DiCara, seorang yang mengenali beberapa pemuzik lain yang pernah berlatih bersama mereka. Dan mereka menukar nama band kepada Inside Out, dan mula menulis lagu yang lebih berat dengan pengaruh Minor Threat dan Bad Brains. Satu-satunya rilisan mereka adalah EP No Spiritual Surrender, yang dikeluarkan pada tahun 1990 oleh Revelation Records.

Inside Out kekeringan idea dan mula goyah, Zack cuba untuk menolak Inside Out menulis lagu lebih kepada politik dan berinspirasikan hip hop seperti Run-DMC, dimana Vic DiCara pula mahu menulis lebih kepada pengaruh yang berbeza. Akhirnya mereka berpecah selepas tidak sefahaman.

Selepas berpecah, Zack bermain dram untuk band hardcore punk No For An Answer, dan merakam EP pertama mereka You Laugh. Pada tahun 1989, Zack menubuhkan band Farside, sebagai gitaris sehingga tahun 1991. Zack juga sempat menubuhkan sebuah band dibawah label Revelation Records bersama John Porcelly, dimana Zack sebagai vokalis dan John sebagai gitaris. Mereka tiada nama rasmi ketika itu, dan Zack cuba menamakan mereka sebagai Rage Against the Machine, tetapi John menolaknya kerana merasakan nama itu terlalu panjang, dan Zack menyimpan nama itu untuk band lain. Zack dan John menerapkan elemen hardcore punk dan hip hop dalam muzik mereka, tetapi tiada lagu atau album yang sempat dikeluarkan.

Zack fokus kepada hip hop dan mula menyanyi di kelab-kelab tempatan, dimana beliau didekati oleh bekas anggota Lock Up, Tom Morello yang kagum dengan liriknya, dan memujuk Zack untuk menubuhkan band. Tom mengajak bekas pemain dram Greta, Brad Wilk, yang sebelum ini pernah ujibakat untuk menyertai Lock Up, dan Zack pula mengajak kawan lamanya Tim Commerford untuk bermain bass.

Nama Rage Against the Machine tertubuh selepas tajuk lagu yang tidak pernah dikeluarkan oleh bekas band lama beliau, Inside Out. Selain RATM, Zack menubuhkan One Day as a Lion bersama bekas pemain dram The Mars Volta Jon Theodore.

Trivia di atas ditulis sempena ulangtahun Zack yang ke-51 hari ini. Selamat Ulangtahun ke-51 Zack de la Rocha!

#AzamGilmour #MAMY #MusicAddictsMalaysia #ZackDeLaRocha #HappyBirthday

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅