Led Zeppelin Lancar Album Pertama Hari Ini 52 Tahun Lalu

oleh Azam Gilmour
665 bacaan

Led Zeppelin lancarkan album sulung mereka, Led Zeppelin. Dilancarkan pada 12 Januari 1969 di US manakala 31 Mac 1969 di UK menerusi Atlantic Records. Album ini dirakamkan pada bulan September dan Oktober 1968 di studio Olympic, London selepas pembentukan band. Album yang mempunyai material asli dari latihan (rehearsal) pertama mereka, dan pembikinan semula dengan irama blues dan folk.

Sesi rakaman mengambil tempat sebelum band mempunyai kontrak rakaman dengan label, dan mengambil masa 36 jam untuk merakam, dengan modal sewa studio tidak mencecah GBP2000. Dihasilkan sendiri oleh Jimmy Page, pengasas dan pemain gitar band lagenda ini. Salah satu album sulung terbaik sepanjang zaman, selamat ulangtahun ke-52 Led Zeppelin!

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #LedZeppelin #JimmyPage #RobertPlant #JohnPaulJones #JohnBonham #ClassicRock

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅