Sebuah band konsep yang menggelar diri mereka sebagai Engineering Bureau (EB) baru sahaja melancarkan single pertama mereka, Lines pada 11 Januari 2021 di semua platform muzik digital.
Menggabungkan elemen muzik, seni visual dan teknologi, Lines merupakan buah tangan pertama mereka sebelum lapan lagi trek bakal menyusul sepanjang tahun ini.
Menurut salah seorang anggota mereka, Moo, lagu ini berkisar tentang kegagalan manusia dan konsep muzik mereka mengambil inspirasi daripada arena rock 70an, electro pop 80an, serta electro-punk 90an dan industrial rock.
“Kami menggabungkan bunyian elektronik dan electro acoustic untuk membentuk landasan muzik EB. Ia kemudian dikuatkan lagi dengan vokal dan instrumen live untuk menyampaikan hubungan emosi kepada pendengar.
Medium seperti seni visual dan teknologi juga digunakan bagi mewujudkan persembahan aural-visual yang bergerak selari antara muzik dengan emosi.”
Pada pendapat penulis, band seperti EB ini perlu ditonton secara live untuk benar-benar menghargai karya mereka. Selain sound yang unik, imej bertopeng yang dibawa juga memberi ‘nilai kejutan’ dan misteri yang sudah lama tidak kita lihat dalam industri muzik tempatan.
Ikuti Engineering Bureau di: