20 Lagu Rock Antarabangsa Pilihan 2020

oleh Firz Shukri
994 views

Deftones antara band paling besar mendapat perhatian sepanjang tahun 2020 lalu.

Deftones antara band paling besar mendapat perhatian sepanjang tahun 2020 lalu.

Band-band rock antarabangsa tidak henti-henti mengeluarkan produk masing-masing sepanjang tahun 2020, walau mereka buntu jalan promosi melalu tour yang tidak dapat dilakukan ketika ini. Ini adalan 20 lagu rock pilihan penulis untuk tahun 2020 yang boleh anda semak bersama.

  1. AC/DC – Shot In The Dark

Kemunculan semula AC/DC dengan lagu baru benar-benar menggemparkan dunia muzik secara keseluruhannya. Apatah lagi apabila Brian Johnson kembali semula ke pangkuan AC/DC, apa lagi yang anda mahukan selain itu? Lagu ini sudah cukup untuk membakar jiwa yang sudah bergelojak dengan muzik rock n roll.

2. Evanescence – Use My Voice

Evanescence antara band rock yang jarang mengeluarkan produk di pasaran. Namun bila sekali keluar, memang ada sihir yang mereka akan bawakan sekali. Lagu Use My Voice antara single yang dikeluarkan untuk memberi gambaran awal akan wajah album terbaru mereka nanti.

3. Fever 333 – Supremacy

Juga sempat datang membuat persembahan di Kuala Lumpur awal tahun lalu sebelum negara kita diisytiharkan PKP. Sebuah lagu yang lebih fokus kepada mesej-mesej melalui lirikal mereka. Agak kurang bising dan ganas seperti kebiasaan lagu mereka, namun tetap energetik dan liar.

4. Corey Taylor – Black Eyes Blue

Siapa sangka penyanyi dari band metal terkenal dengan liar dan kacau sisi muziknya akan mendendangkan lagu seperti ini. Sebuah lagu modern rock yang ringan dan mesra radio. Corey Taylor dengan projek solonya benar-benar ingin mencari kelainan, namun masih kekal dengan semangat rock n rollnya.

5. Palaye Royale – Little Bastard

Anda peminat rock masa kini? Mustahil tidak mengenali band Palaye Royale yang menjadi tumpuan anak-anak muda sekarang. Lagu Little Bastard Ini adalah trek pembuka bagi album ketiga mereka, The Bastard. Sebuah lagu yang agresif dan merupakan gambaran keseluruhan album mereka tersebut.

6. Deftones – Genesis

Antara yang menggemparkan tahun 2020 adalah rilisan muzim terbaru daripada band besar seperti Deftones. Lagu Genesis merupakan sebuah trek gabungan hard rock dan alternative metal yang kental dengan pesona Chino Moreno. Siapa yang tidak teruja dengan Deftones?

7. Black Stone Cherry – Ringin’ In My Head

Sebuah lagu yang sangat menekankan kesempurnaan diantara melodi dan riff. Berserta paduan vocal yang padu, lagu Ringin’ In My Head yang rilis pada September 2020 ini sangat istimewa bagi peminat muzik hard rock. Anda mahu sesuatu yang rock and roll tanpa belas? Layanlah Black Stone Cherry.

8. Ozzy Osbourne feat. Elton John – Ordinary Man

Siapa yang terfikir bahawa dua orang legenda ini akan berpadu bakat di dalam sebuah lagu baru pada era 2020 ini? Ia serta-merta menjadi sebuah klasik yang bersifat peribadi kepada peminat-peminat sama ada Ozzy Osbourne mahupun Elton John.

9. Alter Bridge – Last Rites

Mana mungkin tidak memasukkan salah sebuah band rock terbaik yang kita ada pada hari ini, Alter Bridge. Lagu Last Rites ini sekadar pembayang untuk EP mereka yang akan rilis pada tahun ini. Sebuah lagu yang ringkas dan ringan, namun jika ia dating dari Alter Bridge, ia bukan sesuatu yang boleh diabaikan.

10. Rob Zombie – The Triumph of King Freak

Meskipun sudah semakin berusia, Rob Zombie masih kekar dengankonsep muzik yang digilainya ini. Menariknya, muzik seperti Rob Zombie ini masih terasa moden dan ramaja meskipun genre ini sudah berusia lebih dari 30 tahun. The Triumph of King Freak ini adalah contohnya.

11. Dead Posey – Parasite

Bagi yang mahukan band rock yang cuba membawa gaya muzik baru namun dalam masa yang sama mengekalkan pesona rock n roll yang klasik, boleh berkenalan dengan band Dead Posey ini. Lagu Parasite merupakan single utama mereka yang boleh dicuba untuk tahun 2020.

12. The Hu feat. Jacob Shaddix – Wolf Totem

Gergasi metal dan rock dari Monggolia ini sempat bertandang ke Malaysia awal tahun lepas membuat persembahan. Lagu Wolf Totem merupakan antara langkah mereka mengukuhkan nama di peringkat antarabangsa dengan penampilan Jacob Shaddix dari Papa Roach sebagai gandingan utama.

13. Pop Evil – Work

Pop Evil memberikan sesuatu yang segar melalui lagu ini. Sempurna dengan rap, alternative dan hard rock yang akan membawa kita melayang-layang dengan muzik mereka. Jika mahukan muzik rock yang moden tanpa perlu menjadi pop yang mengantuk, Pop Evil adalah cadangan utama.

14. Royal Blood – Troubles Coming

Moden rock seperti inilah antara yang terbaik apabila digabungkan bersama elemen pop yang terkini. Troubles Coming sedikit berbeza dengan lagu-lagu mereka sebelum ini, lebih ringan. Tidak pasti sama ada mereka akan lebih condong kepada pop rock berbanding hard rock seperti sebelum ini.

15. Marilyn Manson – Don’t Chase The Dead

Memang tidak masuk akal jika tidak memasukkan sekali nama Marilyn Mason ke dalam senarai sedangkan terdapat lagu yang rilis darinya tahun lepas. Lagu Don’t Chase The Dead masih mengekalkan kegilaan Marilyn Manson dengan muzik yang sudah sebati dengannya. Langsung tidak dimakan usia.

16. Greta Van Fleet – My Way, Soon

Debut mereka sebelum ini padat dengan kontroversi. Mungkin jemu apabila sering diejek sebagai peniru kepada Led Zeppelin, Greta Van Fleet nekad mengubah corak muzik mereka agar terciptanya identity mereka sendiri. Dan ya, melalui lagu ini, bau-bau Led Zeppelin semakin hilang dan hasilnya boleh tahan juga.

17. Bad Flower – 30

Gerakan pemuzik rock baru hari ini tidak sah jika tidak dikehadapankan band Bad Flower sebagai muka yang perlu dikenali. Lagu 30 merupakan satu amaran kepada peminat muzik rock akan kedatangan mereka dengan album baru yang dijangka rilis pada tahun 2021 ini.

18. Seether – Dangerous

Gergasi rock dari benua Afrika ini tidak pernah menghampakan setakat ini. Rilisan album mereka tahun lepas merupoakan atara rilisan album rock terbaik yang boleh diangkat. Lagu Dangerous ini sendiri masih mengekalkan kekuatan muzik mereka tanpa perlu mengubah genre semata-mata untuk mengikut arus semasa.

19. Bring Me The Horizon – Parasite Eve

Ledakan muzik Bring Me The Horizon melalui album terbaru mereka pada tahun 2020 ibarat serangan torpedo ke atas sebuah kapal selam hingga menjadi karam. Eksperimentasi muzik rock dan metal berserta gaya elektronik yang canggih dari mereka telah bermula melalui lagu Parasite Eve ini.

20. The Pretty Reckless – Death By Rock and Roll

Sayangnya mereka hanya muncul dengan satu single sahaja tahun 2020. Death By Rock and Roll masih mengguna pakai nafas yang sama dengan muzik mereka sebelum ini. Namun ia menampakkan kematangan Taylor Momsen sebagai seorang penyanyi rock yang kian meningkat dewasa.

Baiklah, dah cukup 20 buah lagu. Tapi ada tambahan istimewa, sudah tentulah daripada System Of A Down yang membuat comeback paling dinantikan ramai.

21. System Of A Down – Genocidal Humanoidz

Lebih kurang 15 tahun menunggu System Of A Down mengeluarkan lagu baru, akhirnya tahun 2020 menyaksikan band kesayangan ramai ini meriliskan dua buah single serentak. Genocidal Humanoidz merupakan sebuah lagu kritik politikal yang keras dan kasar. Inilah System Of A Down yang kita mahukan.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati