Label punk rock kesukaan ramai Hopeless Records telah mengeluarkan EP terbaru kumpulan Tigers Jaw berjudul ‘Hesitation’.
Tigers Jaw, kumpulan dari Pennsylvania, USA ini memainkan melodik Emo/Indie Rock dengan ala-ala Death Cab for Cutie dan lain-lain seumpamanya.
Tigers Jaw telah berada sejak 2006 dan diterajui oleh vokalis-gitaris pemula Brian Walsh serta vokal wanita, Brianna Collins.
EP ‘Hesitation’ mengandungi 3 lagu iaitu Hesitation, Lemon Mouth dan Cat’s Cradle. 2 lagu terakhir ialah single dari tahun 2020.
Single ‘Hesitation’ ini merupakan keluaran pertama Hopeless Record pada tahun 2021.
Boleh layan dan dengarkan adunan rancak pekat indie Rock & emo mereka di medan Spotify atau You Tube.
(Promosi ini dijalankan bersama Hopeless Records)
#ChivasAlexandria