2007-2021: 14 Tahun A Weekend In the City

oleh Azam Gilmour
682 bacaan

Album kedua Bloc Party, A Weekend in the City dirakam di Grouse Lodge Studios di Westmeath, Ireland pada pertengahan 2006, di mana Jacknife Lee ditugaskan menjadi penerbit untuk album ini.

Album ini di perhalusi dan diadun di beberapa lokasi di London sehingga akhir 2006. Dilancarkan pada 24 Januari 2007, 14 tahun yang lalu di Jepun, dan minggu pertama bulan Februari di tempat lain. Menduduki tangga kedua dalam carta album UK dan Ireland. Di US, album ini menduduki tangga ke-12 carta Billboard 200.

Bloc Party membentuk album ini dengan campuran muzik elektronik dan penambahan beberapa instrumen lain. Program komputer juga banyak digunakan untuk memenuhi keseluruhan album, dan mengupah pengelola string untuk beberapa lagu.

Kele Okereke, frontman dan penulis lirik album ini, mengetengahkan isu-isu dalam bandar seperti penggunaan dadah, seksualiti dan keganasan. Tiga single dari album ini, The Prayer, I Still Remember, dan Hunting for Witches, menekankan isu-isu tersebut.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #BlocParty #AWeekendInTheCity #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅