Adele lancarkan album kedua beliau, 21 pada 24 Januari 2011, 10 tahun lalu. Album ini dinamakan sempena usia beliau 21 tahun. 21 menekankan unsur folk dan Motown Soul seperti album pertamanya 19, tetapi lebih kepada American Country dan muzik Southern Blues dimana Adele menceritakannya ketika jelajah An Evening with Adele di utara US pada 2008-09.
Ditulis selepas perpisahan Adele dengan teman lelakinya, dimana kebanyakan lagu-lagu dalam album ini lebih kepada pengakuan dalam penerokaan mengenai patah hati, sedih, dan pengampunan.
Mula menulis seawal April 2009, ketika Adele masih bersama teman lelakinya yang serba sedikit diinspirasikan ke dalam 21. Dan Adele berasa tidak berpuas hati dengan album sulungnya, dan memasang niat untuk memcipta lagu yang lebih optimis dan kontemporari. Bagaimanapun, sesi rakaman terhenti selepas ketandusan idea. Adele kembali menyambung pembikinan 21 selepas berpisah dengan teman lelakinya, dan menumpukan perasaan patah hati dan tekanan ke dalam lagu-lagunya. Adele berkolaborasi dengan ramai penulis lagu dan produser, termasuk Rick Rubin, Paul Epworth, Ryan Tedder, Jim Abbiss dan Dan Wilson.
Dipuji oleh pengkritik kerana hasil produksinya, berestetika vintaj, dengan persembahan vokal Adele, 21 menentang harapan komersial daripada label rakamannya, XL Recordings. Bagaimanapun, tanggapan syarikat rakamannya salah, 21 menduduki tangga teratas di lebih 30 negara dan menjadi album jualan terlaris selama dua tahun, 2011 dan 2012. Di UK, 21 menjadi album terlaris di abad ke-21, album ke-4 terlaris sepanjang masa dan jualan album terlaris untuk kategori artis solo, sementara menduduki tangga teratas selama 23 minggu berturut-turut dalam carta Album UK untuk artis solo wanita. Di US pula, 21 juga menduduki tangga teratas selama 24 minggu, paling lama dari mana-mana album artis wanita sejak 1985, dan paling lama dalam sejarah Billboard 200 sebagai artis solo wanita. Tak dinafikan, Penulis juga sangat sukakan album ini, memang semua lagu-lagunya sedap dan feel nya sampai.
Lima single dilancarkan untuk mempromosikan album, dengan Rolling In the Deep, Someone Like You, Set Fire to the Rain menjadi lagu nombor satu antarabangsa, sementara Rumour Has It menduduki carta Top 20 di seluruh Eropah dan Utara US. 21 juga turut membantu menghidupkan semula ketinggalan penjualan muzik di UK dan US ketika itu.
Sehingga hari ini, dengan jualan melebihi 31 juta salinan seluruh dunia, memang tepat meletakkan 21 sebagai album terlaris abad ke-21, dan salah satu dari jualan album terlaris sepanjang masa. Telah pun memasuki 500 Greatest Albums of All Time majalah Rolling Stone, dan mendapat tempat dalam buku 1001 Albums You Must Hear Before You Die.
Pengkritik juga memuji 21 sebagai peralihan dari lirik yang berunsurkan seksual dan muzik secara terang-terangan, kepada lebih perihal emosi dan perasan, dan mengaitkan kejayaan 21 dengan lagu-lagu yang sangat autobiografi tetapi universal.
Disenarai pendek untuk Mercury Prize pada tahun 2011, memenangi anugerah Album of the Year di Grammy Award dan British Album of the Year di Brit Award.
Dengarkan satu album di sini:
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Adele #21 #AnniversaryAlbum