
Menurut Wikipedia, Abstrak Versi Fantasi sudah berusia 20 tahun hari ini. Ya, memang album ini dilancarkan pada tahun 2001, tetapi penulis tidak pasti bila tarikh sebenar pelancaran album ini.

Album sulung dari Neves and Co. ini berjaya menambat hati peminat muzik alternatif ketika itu dengan lagu-lagu seperti CD Bagasi Honey, Superstar, En. Ronald Moore dan Analogi Berdialog.
Siapa tak tahu lagu-lagu di atas, kalian perlu korek kembali lagu-lagu mereka, dan percayalah lagu-lagu mereka malar segar!
Penulis percaya peminat mereka masih setia, dan mampu menculik hati peminat baru.
Di sebalik pembikinan album ini, Neves sendiri menjadi produser dan penyusun muzik. Selain itu, Neves dibantu oleh Ajoi dan Fendi sebagai jurutera bunyi. Dirakamkan di 21 A Studio, diadun mengikut citarasa yang dikehendaki oleh Edry KRU dan Neves, dan dimaster juga oleh Edry KRU.
Selamat Ulangtahun ke-20 buat album yang kini boleh dipanggil evergreen!

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #PrettyUgly #AbstrakVersiFantasi #20Tahun #20thAnniversary