Malaysia Live! Bantu Industri Muzik Bernafas Kembali

oleh Rahmat Mohd Did
551 views

MALAYSIA LIVE! merupakan siri konsert dengan kerjasama antara Pam Shahril

dan Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio

dan cahaya profesional; bersama pengarah muzik, Dato’ Acis; dan penerbit

konsert, Jennifer Thompson dalam usaha mengekalkan dan memulakan acara

konsert secara langsung atas talian bukan hanya untuk artis-artis tanahair

malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang

tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Siri konsert tersebut akan bermula dengan live-streaming dua episod pengenalan pada bulan Januari ini. Ia bukan sekadar menjana pekerjaan malah

juga untuk menghiburkan peminat muzik tanahair dan membawa sedikit

sebanyak keterujaan konsert live walaupun dilangsungkan secara maya. Kedua-dua konsert ini akan meraihkan artis-artis pendatang baru dan ternama

dalam industri muzik.

Konsert ini telah dirakam secara langsung tanpa penonton di KL Live @ Life

Centre, salah satu venue yang terkenal untuk persembahan live dan artis diiringi

oleh pemuzik-pemuzik tersohor termasuk Dato’ Acis (keyboard and pengarah muzik), Fendi Mokhtar (drums), Jenny Chin (keyboard), Rozhan Rahman (bass), Wan Gigi (gitar), Jamie Wilson (gitar), Steve Thornton (percussion) serta penyanyi latar Yuaz Bahtiar Kassim, Eja Muhd. Nor dan Juanita Ismail.

Penonton dapat menonton premier episod-episod tersebut di YouTube MALAYSIA LIVE! seperti berikut :

Episod 1

Live-steaming pada Januari 22, 2021 (Jumaat), 9malam

Artis-artis : Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem

Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii and Zynakal

Pengacara: Nazrudin Rahman

Episod 2

Live-streaming pada Januari 29, 2021 (Jumaat) 9malam

Artis-artis : Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir,

Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju and Zizi Kirana

Pengacara : Adibah Noor

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati