3 Band Yang Pernah Dianggotai oleh Johnny Depp

oleh Iscandarz
5,657 bacaan

Hari ini, pelakon Johnny Depp diisytiharkan menang dalam kes perbicaraan dakwaan keganasan rumahtangga oleh bekas isterinya, Amber Heard.

Namun, tahukah anda selain karier lakonan, Johnny Depp sebenarnya telah menganggotai 3 kumpulan rock sejak 80-an dan 90-an. Kebanyakannya tidak begitu dikenali tetapi ia menunjukkan minat dan keghairahan Johnny dengan muzik.

Berikut ialah 3 band yang pernah dianggotai oleh Johnny Depp:

1. P

P ialah kumpulan Alternative tahun 1993 yang turut membariskan beberapa nama seperti Gibby Haynes (Butthole Surfers), pencipta lagu Bill Carter, pelakon Sal Jenco dan Johnny sendiri sebagai gitar/bass. Band P muncul pada awal kemaruk era Alternative Rock seperti Soul Asylum, Collective Soul dan lain-lain.

P ditubuhkan selepas Johnny menempa nama dalam filem ‘Edward Scissorhands’. Tampil hanya dengan satu album. Lagu hits mereka ialah cover ‘Dancing Queen’ (ABBA) yang pernah menjadi sangat popular di Singapura.

2. Rock City Angels

Johnny menganggotai band ini sekitar tahun 1986 dan sempat menghasilkan satu album ‘Young Man’s Blues’ pada tahun 1988 sebelum Johnny menumpukan lakonan dalam drama siri 21 Jump Street. Dalam band ala Glam Rock ini, Johnny bermain gitar dengan album edaran Geffen Records (Nirvana).

3. Hollywood Vampires

Band supergrup oleh Johnny yang ditubuhkan sejak 2012. Ia membariskan nama-nama besar iaitu Alice Cooper dan gutaris Aerosmith, Joe Perry. Johnny bertindak sebagai vokalis dalam band ini dengan genre muzik alt-Rock.

Seperti band lamanya P,  Hollywood Vampires juga lebih dikenali dengan adaptasi semula lagu ‘Heroes’ (David Bowie).

Band ini menjadi pertikaian kerana dicemuh oleh Amber Heard dalam testimoni semasa membuli Johnny apabila mengatakan ‘kamu orang tua gemuk yang buang masa main muzik dengan atuk-atuk rockers’ yang jelas merujuk kepada Hollywood Vampires ini.

Johnny merupakan aktor hebat dengan karier lakonan yang legendari dalam pelbagai filem terutama siri Pirate of The Carribean namun baginya, ‘Muzik adalah kesukaanku yang pertama’.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati