Pada 25 Jun 2021, tiga orang penyanyi dari Silent Set Entertainment iaitu Mad Doby, Mortal dan Classick telah merilis single terbaru mereka yang berjudul Got Da’ Stuff bersama video muzik (MV) rasmi di YouTube dan platform strim digital.
Aidy’Ad, produser Silent Set Entertainment telah mengabungkan elemen muzik yang diinspirasi dari album Blackpink serta bunyi-bunyian moden termasuk UK Drill di dalam single ini. Beliau sememangnya sinonim dengan produk-produk muzik yang berkualiti bagi memenuhi permintaan semasa dengan caranya yang tersendiri. MV Got Da’ Stuff dihasilkan sepenuhnya oleh Silent Set Entertainment dan sesi pengambaran telah dijalankan di Technology Park Malaysia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Pada awalnya, konsep MV ini datangnya dari pengarah, Zulakid Aizat dan ditambahbaik oleh team produksi Silent Set Entertainment. Mad Doby, Mortal dan Classick merupakan pelakon utama dalam MV ini dan menggunakan tenaga produksi Silent Set Entertainment. Ianya juga disokong oleh beberapa jenama lokal antaranya Rifle Wear, Hypekid KL dan Tujaby Bakery.
Bertemakan Cyberpunk, MV Got Da’ Stuff dilengkapi dengan elemen pencahayaan dan asap berwarna. Mereka juga menggunakan neon saber sebagai effect manual di dalam MV ini. Walaubagaimanapun, kepada yang mengalami epilepsi foto, anda dinasihatkan untuk berhati-hati menonton MV ini kerana visualnya mampu membuatkan anda mendapat sawan bergantung kepada tahap epilepsy foto anda.
Dengan pengeluaran audio rasmi dan MV rasmi Got Da’ Stuff, Silent Set Entertainment kini bersedia untuk pengeluaran beberapa single dan MV lain. Dengan keyakinan yang ada, Silent Set Entertainment bersiap sedia untuk menggegarkan industri muzik tanah air dan menarik perhatian ramai baik di peringkat lokal mahupun antarabangsa.
Untuk maklumat terkini, sila ikuti Silent Set Entertainment di media sosial;